Salam Tuan/Puan, Setahu saya perkataan 'ianya' tidak boleh digunakan dalam ayat. Bagaimana sekiranya terdapat ayat yang berbunyi "ianya tidak mungkin berlaku" atau "statistik tidak langsung menunjukkan ianya merosot". Sekian, terima kasih. | Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "ia tidak mungkin berlaku" dan "statistik tidak langsung menunjukkan kemerosotan". | Tatabahasa | 20.03.2015 |
Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'. Dalam kamus dewan perdana, contoh "ianya" juga merangkumi penggunaan ayat moden yang menyatakan itu ialah kata ganti diri bukan manusia walaupun sudah terang-terangan pakar bahasa menyatakan ianya ialah betuk bahasa yang salah, mohon pencerahan. Menteri itu mencadangkan ianya diseragamkan dengan kaedah penilaian barangan import. | 1. Pemasukan kata ianya berserta takrif dan contoh perkataan adalah bertujuan perakaman penggunaan kata tersebut. 2.Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 104) tidak menyenaraikan ianya sebagai kata ganti nama diri orang ketiga. Namun buku ini menyatakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. 3. Nahu Melayu Mutakhir (DBP, 2009:91) menyatakan bahawa ianya merupakan ganti nama diri bukan manusia (kata nama abstrak) yang digunakan dalam teks-teks lama. Menurut buku ini lagi, kata ianya muncul semula dalam tahun 1960-an. 4. Analisis korpus terkini mendapati bahawa penggunaan kata ianya terdapat dalam teks moden yang ilmiah walaupun pengajaran di sekolah telah menyatakan bentuk ini adalah salah. Hasil analisis mendapati bahawa makna bagi kata ianya adalah seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:796). | Makna | 26.08.2022 |
Pohon tuan beri cadangan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan "ianya" dalam ayat ini , {Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya}. Saya juga ingin pencerahan, perkataan "kuat kuasa" satu perkataan atau dua, bagaimana dengan penambahan imbuhan "penguatkuasaan". | Perkataan "ianya" tidak diperlukan dalam ayat tersebut kerana tanpa "ianya" ayat tersebut sudah betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. "Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh didaftarkan oleh Suruhanjaya. Perkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Adakah penggunaan Ianya penting dalam konteks ayat berikut betul? "Ianya penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit" | Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "Ia penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit" | Tatabahasa | 30.04.2019 |
Pohon tuan beri cadangan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan "ianya" dalam ayat ini {Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya}. Saya juga ingin pencerahan, perkataan "kuat kuasa" satu perkataan atau dua, bagaimana dengan penambahan imbuhan "penguatkuasaan". Sekian terima kasih. | Perkataan "ianya" tidak diperlukan dalam ayat tersebut kerana tanpa "ianya" ayat tersebut sudah betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. "Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh didaftarkan oleh Suruhanjaya. Perkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Salam sejahtera! Di dalam proses transkripsi, jika diberikan perkataan "ianya", haruskan "ia" dan "nya" dipisahkan? Saya difahamkan bahawa penggunaan perkataan "ianya" adalah salah. Oleh yang demikian, apakah transkripsi yang paling sesuai? Sekian, terima kasih. | Ianya tidak boleh digunakan dalam ayat kerana ia dan nya ialah kata ganti nama diri ketiga. Perkataan yang boleh digunakan ialah ia yang merupakan kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk bukan manusia. | Lain-lain | 12.08.2020 |
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ianya memerlukan", adakah ini kata kerja yang bersesuai bagi ayat 1. bagi permohonan pengecualian bayaran, ianya memerlukan kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi. | Ayat yang betul ialah Bagi permohonan pengecualian bayaran, kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi diperlukan. Kata "ianya" ialah bentuk kata ganti nama yang tidak mengikut rumus tatabahasa. | Tatabahasa | 21.03.2024 |
Salam, Yang mana satu betul? Menurut PRPM (tatabahasa) penggunaan "ianya" tidak boleh digunakan tetapi perkataan ini terdapat dalam Kamu Dewan ke-4, contoh: dendam: "Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu". | Untuk makluman, perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan atau digabungkan penggunaannya. | Tatabahasa | 25.03.2017 |
Saya ingin bertanya mengenai perkataan homogenik. Ianya berasal daripada perkataan Inggeris "homogenic" yang merujuk kepada keseragaman sesuatu benda/unsur. Apabila semakan ejaan dibuat dengan DewanPro, ianya menyatakan bahawa perkataan adalah "homo genik". Tapi tiada rujukan sedemikian dalam laman PRPM dan juga dalam kamus Dewan edisi ketiga serta kamus dwibahasa Dewan. Mohon pencerahan tentang penggunaan perkataan ini yang betul: adakah ianya homogenik atau pun homo genik. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah homogen. | Ejaan | 04.03.2014 |
dendam: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; (Kamus Dewan Edisi Ke-4) 1) Bolehkah saya bertanya tentang penggunaan perkataan "ia" dan "ianya"? 2) Rumah itu selesa. Bolehkah perkataan "selesa" digantikan dengan "enak" (maksud perkataan ini tidak terhad pada makanan sahaja berdasarkan kamus) dan "menyenangkan"? Terima kasih. | 1. Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan "nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digabungkan penggunaannya. 2. Perkataan enak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 11.06.2020 |