Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ib


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera! Saya difahamkan bahawa kependekan seperti IB, Id, Jk & Jw bermakna perkataan yang tertera di kamus adalah bahasa Indonesia. Adakah perkataan-perkataan ini dianggap sudah diterima di dalam tatabahasa bahasa Melayu atau masih dikategorikan sebagai bahasa Indonesia? Terima kasih!Perkataan berlabel IB, Id, Jk, Jw, bp tidak digunakan dalam konteks rasmi seperti dalam urusan kerajaan dan pendidikan. Kamus merakamkan penggunaan kata dalam kalangan masyarakat dan memberikan makna yang sepadan untuk pengetahuan pengguna. Untuk menggunakan perkataan yang baik dan betul khususnya dari aspek pembentukan kata hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain13.08.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah perkataan-perkataan bertanda IB atau Indonesia Belanda boleh digunakan dalam penulisan formal bahasa Melayu atau hanya disertakan untuk tujuan rujukan? Terima kasih.
Perkataan yang terakam dalam Kamus Dewan yang ditandai dengan IB tidak digalakkan digunakan dalam penulisan rasmi. Pengguna bahasa di Malaysia, perlulah mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan dan mengikut konteks bidang tertentu. 
Tatabahasa14.02.2021
Saya ingin bertanya tentang istilah yang sesuai digunakan untuk 'Approaches To Learning Skills'(ATL Skills) yang digunakan secara meluas di sekolah International Baccalaureate (IB) seluruh dunia. Walau bagaimanapun, untuk penggunaan di sekolah IB di Malaysia bolehkah ATL Skills ditukar kepada 1)Kemahiran ATL atau 2)Kemahiran Pendekatan Pembelajaran atau 3)Ada cadangan lain daripada pihak DBP? Persoalan ini penting untuk digunakan dalam tesis dan keselarasan istilah bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan Pendekatan Pembelajaran Kemahiran sebagai padanan bahasa Melayu untuk Approaches To Learning Skills.Penyemakan dan penterjemahan05.03.2019
Tuan/Puan, Salam sejahtera. Mengikut jawapan yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP, perkataan "ais" (a.is) dan "aib" (a.ib) ialah vokal rangkap/vokal berganding yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur). Tetapi, saya telah merujuk kepada Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga, muka surat 301), dan dinyatakan di situ bahawa "air" mengandungi diftong "ai", manakala "perkataan "aur" pula mengandungi diftong "au". Jadi, adakah terdapat ketidakselarasan dalam penjelasan Tatabahasa Dewan pada muka surat 62 dan 301? Terima kasih.Kami mengambil maklum berkenaan ketidakselarasan yang dinyatakan. Untuk makluman puan, kami telah merujuk Munsyi Dewan berhubung kekeliruan yang timbul berhubung dengan diftong.  Menurut Munsyi Dewan, a.ir, a.ib, a.ja.ib, a.ur, ga.un, sa.uh, ko.ir, he.ro.in merupakan vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing.

Untuk makluman puan juga, DBP sedang memperkemas dan menambah baik buku Tatabahasa Dewan untuk terbitan baharu. Ketidakselarasan ini diambil maklum oleh Munsyi Dewan dalam terbitan buku Tatabahasa Dewan selanjutnya. Kami menghargai pertanyaan puan untuk kebaikan bersama dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Tatabahasa28.01.2014
'repitisi' atau 'repitasi'Slam sejahtera. Menurut Kamus Dewan Edisi k- 4 (répetisi) IB ulangan (pelajaran), latihan ulangan (lakonan dll): seorang bintang filem berkali-kali mengadakan ~ utk menyesuaikan dirinya dgn lakonan yg akan dijalankan. Sekian.Lain-lain30.12.2008
Penterjemahan My name is Nadiah Ismaon and I am an oversea student in Hong Kong. I'm taking International Baccalaureate (IB), a diploma program and I need a book which is translated into Malaysian language. I take Malaysian language as one of my subject and this is one of my course to read a book that originates from a different country and translated to Bahasa Melayu. So, I have attached a list of the books that I could choose from. I need your help to check if any of these books is available in Malay language (Malay Edition) as soon as possible. I only need one book from this list except for graphic novel genre. If there is anything or any news please contact me at nadiah_rocks@hotmail.com. Please and thank you.

Pertanyaan saudara adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP menangani masalah yang berkaitan dengan hal-hal kebahasaan seperti ejaan, istilah dan tatabahasa, sastera dan penerbitan seperti proses penerbitan, royalti dan karya terbitan DBP. Sila kunjungi laman web www.dbp.gov.my dan cari maklumat yang diperlukan pada  ikon Pustaka Digital atau hubungi Perpustakaan Negara Malaysia di www.pnm.my.  

Makna22.07.2011
Assalamualaikum dan selamat pagi, saya nak tanya ini ke ejaan nama yang betul seperti yang tertera dibawah. Terima kasih.Ejaan yang betul bagi nama-nama nabi mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua ialah Nabi Yaakub, Nabi Syu'ib, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Ayub (sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua dari muka surat 1878 dan 1879 untuk ejaan yang betul bagi 25 nama nabi)Ejaan02.08.2019
Salam sejahtera, Tuan; Perkataan "kait" tergolong dalam perkataan vokal berganding atau diftong? Terima kasih.Kait (ka.it) ialah vokal rangkap yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan sama seperti ajaib (a.ja.ib) dan aur (a.ur).Tatabahasa28.01.2013
Tuan/Puan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang perkataan yang mempunyai pola V+VK (kata tunggal dua suku kata): ais, aib. Adakah kedua-dua perkataan "ais" dan "aib" merupakan perkataan yang mengandungi diftong atau vokal berganding? Terima kasih.Ais (a.is) dan aib (a.ib) ialah vokal rangkap/vokal berganding yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur).Tatabahasa28.01.2014
Salam DBP. Saya keliru dengan perkataan Parkir. Perkataan ini kalau dibuat carian DBP online ada terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Maknanya perkataan ini diiktiraf sebagai perkataan Bahasa Melayu. Tapi kenapa dalam kategori Khidmat Nasihat, perkataan ini adalah perkataan Bahasa Indonesia dan tempat letak kereta adalah Bahasa Melayu. Kewujudan perkataan Parkir dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mengelirukan. Mungkin ini juga punca penggunaan perkataan Parkir banyak digunakan di Malaysia. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Takrif parkir dalam kamus DBP:

parkir tempat atau kawasan khas yang disediakan untuk meletakkan kereta, motosikal dan sebagainya untuk beberapa waktu, yang kadangkala dikenakan bayaran; tempat letak kereta (KDP 2020:1621)

parkir IBmemarkir menghentikan (me­nyimpan) kereta: sebuah teksi diparkir; mobil saya diparkir di pinggir jalanparkiran tempat menghentikan (menyim­pan) kereta. (KD-4 2005: 1142)

Perkataan parkir telah digunakan secara meluas oleh masyarakat dan banyak terdapat dalam bahan-bahan korpus bahasa Melayu. Dalam kamus bahasa Melayu terkini DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana kata parkir diberikan sinonim tempat letak keretaParkir dan tempat letak kereta telah sama banyak digunakan dalam korpus lisan mahupun tulisan.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang terbit pada tahun 2005, parkir diletakkan label IB kerana pada masa tersebut parkir merupakan kata serumpun (Indonesia/Belanda) yang masih belum banyak digunakan di negara ini dan belum diangkat sebagai bahasa Melayu baku.

Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan adalah betul.

Lain-lain18.02.2025
12

Kembali ke atas