Kata yang mana tepat? Ibadah atau ibadat? | Ibadah dan ibadat kedua-duanya betul, sila klik ibadah">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ibadah untuk maklumat lanjut. | Makna | 07.04.2014 |
mana yang betul - ibadat korban, ibadat qurban, ibadah qurban atau ibadah korban. Terima kasih | Ibadah dan ibadat kedua-duanya betul, sila klik ibadah">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ibadah untuk maklumat lanjut. Ejaan yang betul ialah ibadat/ ibadah korban daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: | Ejaan | 27.07.2017 |
Tuan,mana satukah yang betul Pertanian adalah peniagaan atau Pertanian ialah peniagaan Pertanian ialah suatu ibadah atau pertanian adalah suatu ibadah | Ungkapan pertanian ialah perniagaan dan pertanian ialah suatu ibadah, kedua-duanya betul bergantung pada perkara mana yang hendak ditekankan sama ada perniagaan atau ibadah. | Tatabahasa | 31.12.2012 |
Bagaimana sekiranya saya ingin menyemak perkataan yang dibuat tepat atau tidak dari segi maksudnya. Contoh: Selamat menunaikan ibadah puasa atau Selamat menjalankan ibadah puasa Untuk makluman tuan, saya ingin memasukkan ucapan selamat ini ke laman web. stk | Frasa yang tepat ialah "Selamat menunaikan ibadah puasa", atau dlm bentuk lebih ringkas "Selamat berpuasa" | Tatabahasa | 28.09.2007 |
Apakah perbezaan antara perkataan ibadah atau ibadat? adakah cara penggunaannya sama ? atau ada perbezaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ibadat dan ibadah merupakan perkataan yang sama. Perkataan ini merupakan kata Arab yang bermaksud bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat; | Istilah | 24.02.2010 |
Saya ingin bertanya penggunaan 'sayugia' didalam ayat. Adakah betul ayat yang tersebut dibawah: 'sayugialah bagi seseorang hamba Allah menyempurnakan ibadah zakat khasnya dan segala ibadah yang lain amnya dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah untuk mendapat keredhaannya.' | Ayat itu betul. | Lain-lain | 13.08.2009 |
perkataan yang betul KORBAN, KURBAN ATAU QORBAN. ( MENGENAI IBADAH ) | Salam sejahtera, Tuan, Data kami menunjukkan ejaan yang betul ialah korban yang bermaksud amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 24.02.2018 |
Assalammualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya, jika seorang pegawai mempunyai gelaran Sr (surveyor) dan beliau juga telah mengerjakan ibadah haji, adakah gelaran yang sesuai i) Sr Tuan Haji atau ii) Sr Haji Sekian, terima kasih. | Penggunaan gelaran yang betul ialah Sr Haji Ahmad bin Ali sama seperti Dr. Haji Zainuddin bin Karim. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com | Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu. Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb). | Makna | 08.08.2009 |
rujukan bagi yang berikut, yang manakah TEPAT penggunaannya? bergelar datuk, mempunyai kelulusan doktor falsafah, mempunyai gelaran warisan tengku, telah menunaikan ibadah haji. datuk dr. haji tengku ali @ datuk dr. tengku hj. ali? | Yang betul ialah Datuk Dr. Haji Tengku Ali. | Lain-lain | 29.10.2009 |