Assalamualaikum tuan, saya ingin tahu adakah betul penggunaan "dari" dalam ayat ini. "Berapa ramai yang benar-benar menelusuri ibrah dari Perang Badar ini? Oleh itu, kami ini akan menekankan tentang serba sedikit ibrah dari kisah Ahli Badar | Ayat yang betul ialah "Berapa ramaikah yang benar-benar menelusuri ibrah daripada Perang Badar ini? Oleh itu, kami akan menekankan serba sedikit tentang ibrah daripada kisah Ahli Badar." | Tatabahasa | 23.07.2021 |