Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ibrahim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am salam Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am minta maaf Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am boleh saya tumpang bertanya Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am puisi dato usman awang tajuk 1 mei,pernah tak dikeluarkan di DBP ye? Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:27am satu Mei ~ Usman Awang Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh – bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya. Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya –segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya –jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam –upah yang diterimanya sekadar beras segenggam. Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang. Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri MenMaklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan buku-buku puisi: Pilihan puisi Usman Awang, terbitan Hokkien Association of Malaysia dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang, terbitan Fajar bakti.Lain-lain25.11.2015
Bagaimana untuk menulis nama orang Islam yang ada "BIN"? Contoh: Ismail Bin Ibrahim atau Ismail bin Ibrahim? Mohon penjelasan tuan/puan.Yang betul ialah Ismail bin Ibrahim.  Rangkai kata "bin" dan "binti" bukan merupakan kata nama khas dan cara penulisannya mestilah ditulis dengan menggunakan huruf kecil.Tatabahasa28.01.2023
Bagaimanakah proses untuk saya membuat majalah yang diterbitkan oleh DBP?Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Editor Majalah, Encik Azmi Ibrahim@Berahim">Ibrahim@Berahim melalui talian 03-21479449 atau e-mel azmi@dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2015
Aini Ibrahim JUM 1.11 PTG Salam! Kami amat-amat memerlukan khidmat PPRM untuk buat kerja sekarang. Sudah offline sejak semalam. Minta tolong online kan balik. Terima kasih!Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Laman PRPM boleh dilayari semula mulai 21 Mei 2017.Lain-lain19.05.2017
Suhaiza Ibrahim WED Dec 16 11:31AM Salam... saya just nak confirmkan Jualan Gudang DBP ni bermula pada 19hb Disember bertempat di Kedai Buku DBP di Hulu Kelang kan? Sebab saya tak menjumpai sebarang maklumat mengenainya menerusi laman web DBP. Satu lagi, boleh bagi alamat lengkap tak untuk Kedai DBP Hulu Kelang? Terima kasih...Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-41012409 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain16.12.2015
Suhaiza Ibrahim Nov 26th, 4:30pm Salam...baru2 ini saya dimaklumkan oleh seorang petugas dbp bahawa dbp akan mengadakan jualan buku dbp 19hb disember nnt..saya just nak confirmkan hal ini sbb saya tak jumpa mana2 info mengenai event ini di laman web dbp.. Harap boleh tolong smile emoticon tqProgram ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat mutakhir.Lain-lain26.11.2015
Sallehuddin Ibrahim Jul 31st, 3:57pm Adalah dimaklumkan, saya telah menghubungi Tuan Haji Sulaiman bin Kaiaat melalui e-mel dan dimaklumkan kertas Cadangan Bacaton telah dipanjangkan kepada Haji Halim Harun setelah beliau mengadakan perbincangan bersama JK Kembara Bahasa 2015. Adakah ini bermakna penyertaan bacaton tidak relevan dalam Kembara Bahasa 2015. Saya juga sedang menunggu keputusan hasil perbincangan En Azhar Mohammad Dora bersama JK BBK sebagai jawapan kepada surat permohonan yang saya hantar kepada TKPO bertarilkh 1 Julai 2015. dan susulan pertanyaan secara e-mel. Mohon maaf atas pertanyaan susulan saya melalui ruangan ini. Adakah saya berhak untuk mendapat jawapan rasmi kepada surat yang telah saya majukan dan diberikan penjelasan atas faktor apa cadangan kami tidak dapat direalisasikan sekiranya ada dinyatakan dalam Piagam pelanggan DBP. Terima kasihRuangan ini memberikan tumpuan untuk menjawab permasalahan bahasa dalam kalangan pengguna. Atas semangat organisasi kami cuba membantu tuan menangani isu ini, namun kami juga tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang hal yang tersebut. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan, kami mencadangkan tuan menghubungi pegawai yang berkenaan, Encik Azhar Mohammad Dora melalui talian 03-41012391 atau e-mel azhar@dbp.gov.my.Lain-lain31.07.2015
Sallehuddin Ibrahim Jul 10th, 10:22am Salam, Saya berminat menyertai program Kembara Bahasa 2015 dan mencadangkan Taiping dipilih oleh penganjur sebagai lokasi / laluan peserta Zon Tengah. Siapakah yang dilantik sebagai pengarah program KB2005 dan sudahkah pihak penganjur /urus setia menghubungi pihak negeri PerakTuan, boleh menghubungi Ketua Bahagian Sistem Maklumat, Tuan Haji Sulaiman bin Kaiat yang bertanggungjawab dalam ehwal Kembara Bahasa 2015. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my.Lain-lain10.07.2015
Atiey Ibrahim Aug 28th, 11:15pm Slm maaf bertanya, adakah dbp menyimpan rakaman pementasan festival komsas & pertandingan forum remaja dalam bentuk DVD? kalau ada boleh dijadikan BBM untuk KOMSAS pelajar SPM.. terima kasihSila hantarkan permohonan rasmi anda kepada Ketua Bahagian Multimedia DBP, Aras 12, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain29.08.2014
Emiera Izzaty Ibrahim Oct 9th, 10:28pm Salam.. Admin,maaf mengganggu. Saya berminat dgn pertandingan berbalas pantun BBK pd 19 okt ni. Saya ingin tahu ttg details pertandingan, seperti format dan tema pantun. Harap pihak DBP dapat membantu kerana saya ingin daftarkan pasukan saya secepat mungkinUntuk makluman puan, pelbagai kegiatan bersempena dengan BBK ini dianjurkan oleh pelbagai bahagian dan jabatan dan diurussetiakan oleh bahagian/jabatan berkenaan. Kami mencadangkan puan berhubung terus dengan urus setia acara berkenaan berdasarkan maklumat yang puan peroleh tentang pertandingan berbalas pantun pada 19 Oktober 2014.Lain-lain09.10.2014
12345678

Kembali ke atas