Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Hari ini hari Rabu. *Hari ini hari jadi Liza. *Ibu beli ayam. *Ibu beli ikan. *Ibu beli sawi dan ciku. *Ibu juga beli roti. *Ibu masak nasi dan sawi. *Ibu juga masak kari ayam. *Bapa pula masak ikan. *Liza suka makan kari ayam. *Zul suka makan ikan. *Rafi dan Haris suka makan sawi. *Adam dan Ana suka makan roti. *Liza suka hati. | Untuk makluman, kesemua ayat tersebut betul dari segi ejaan dan penggunaannya. Akan tetapi, jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP. | Lain-lain | 27.12.2016 |
Salam sejahtera. Saya ada berberapa pertanyaan yang ingin ditanya kepada pihak tuan 1. Sekiranya saya ingin mengkaji mengenai peribahasa melayu, dimanakah sumber yang tepat untuk saya mengumpul data seperti jumlah peribahasa melayu keseluruhan, peribahasa berkaitan haiwan dll. 2. Menerusi prpm, amatlah mudah untuk mencari peribahasa. Tetapi saya perasan, contohnya saya ingin mencari peribahasa yang berkaitan dengan ayam, tetapi simpulan bahasa seperti ibu ayam sebagainya tiada dalam senarai. | Puan boleh merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu hasil karya Abdullah Hussin terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 09.04.2017 |
Salam bahagia, Sila jelaskan ayat manakah yang menggunakan tanda koma dengan betul. (A) Ibu Ali membeli sayur, ikan dan ayam di pasar. (B) Ibu Ali membeli sayur, ikan, dan ayam di pasar. Sama ada A betul atau B betul, atau kedua-dua boleh diterima. Sekian, terima kasih. | Ayat dengan ejaan dan tanda baca yang betul ialah Ibu Ali membeli sayur, ikan dan ayam di pasar. | Ejaan | 23.05.2012 |
apakah maksud seperti bunyi gong pecah,laksana diharungi ular,laksana burung diam dalam sangkar,seperti anak ayam kehilangan ibu,seperti anjing dengan kucing,seperti api dalam sekam,rosak badan kerana mulut,ada gula ada semut,dan bumi mana tidak ditimpa hujan? | Makna peribahasa yang ada dalam senarai rujukan kami (merujuk soalan saudara) adalah seperti yang berikut: laksana burung diam dalam sangkar = orang yang terikat hidupnya. anak ayam kehilangan ibu = kesusahan kerana bercerai dengan sahabatyang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin. seperti anjing dengan kucing = selalu bertengkar. seperti api dalam sekam = perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. kerana mulut badan binasa = mendapat kecelakaan kerana perkataannya. ada gula ada semut = di mana banyak kesenangan, di situ ramai orang datang. bumi mana tidak ditimpa hujan = tiap-tiap orang adakalanya buat kesalahan.
| Lain-lain | 13.04.2008 |
Ayah sangat gemar akan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu. (munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan dibaluti? terima kasih) | Perkataan yang sesuai ialah disaluti. | Lain-lain | 14.01.2014 |
Salam. Adakah menjadi satu kesalahan jika meletakkan nama pekan dihadapan nama ibu negeri untuk tujuan menekankan lokasi ? Sebagai contoh Ipoh Pasir Putih Nasi Ayam? | Pembentukan nama yang betul dalam bahasa Melayu ialah "Nasi Ayam Pasir Putih Ipoh". | Tatabahasa | 24.08.2015 |
Tuan, Adakah ayat ayat di bawah betul?Jika tidak,sila betulkan. 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan goreng cempedak buat birasnya yang baru sampai. 2.Ratus ratusan ayam kampung berjaya diternak oleh belia-belia kampung melalui program tersebut. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. | Ayat yang betul ialah: 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan cempedak goreng untuk birasnya yang baru sampai. 2.Belia di kampung tersebut berjaya menternak ratusan ayam kampung melalui program yang dianjurkan. | Tatabahasa | 01.08.2018 |
lanjutan soalan ibu bapa ialah kata majmuk dan bukannya frasa nama, kalau mcm tu pinggang mangkuk, ayam itik ialah frasa nama atau kata majmuk? kata perkataan melayu untuk scuba driving? apa pula istilah untuk kaca mata scuba driving? terjemahan bar code dalam bm ialah apa? tq | Kata majmuk dibina daripada gabungan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Dalam contoh yang diberikan itu, kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Terjemahan : scuba diving ialah selam skuba; kaca mata selam skuba; dan kod bar. | Makna | 15.01.2008 |
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang | Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan. | Lain-lain | 21.02.2010 |
"Salam.boleh tak memberitahu saya ,contoh bina ayat untuk perkataan perkataan tersebut.hati,pemerhatian ,pemerhati,memanggang,menjerang.sekian terima kasih" | Pemerhatian: Asal usul penyakit itu diketahui setelah pemerhatian dan percubaan dijalankan. Pemerhati: Pemerhati politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri. Memanggang: ibu sedang memanggang ikan di dapur. Menjerang: Nenek menjerang sup ayam di dapur. | Lain-lain | 26.02.2013 |