1. Perkhimatan monorel di ibu kota mengurangkan kesesakan lalu lintas. 2. Perkhidmatan monorel mengurangkan kesesakna lalu lintas di ibu kota. Yang manakah satu ayat adalah betul ?Ayat no.1 atau 2 ? Terima kaish. | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 28.06.2010 |
Adakah ayat ini betul, "Pernah berkunjung keluarga itu ke ibu kota" | Ayat yang dikemukakan betul. | Tatabahasa | 22.05.2014 |
Assalamualaikum Tuan/Puan, Sebagai introduksi, nama saya Mohd Ayub bin Ladin. Saya seorang pelajar tajaan MARA ke Universiti Stevens di York Baru, Amerika Syarikat. Mohd Ayub ingin tanya DBP kenapa tidak ada perkataan Bahasa Melayu untuk 'United Kingdom'. Sebagai rujukan, bahasa kita sudah pun ada perkataan untuk Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Mesir dll. Bahasa kita dah semakin matang dan lengkap. Adalah agak memalukan bahawa kita masih menggunakan bahasa penjajah untuk negara UK. Mohd Ayub telahpun berbincang isu ini dengan kawan-kawan. Kita cadangkan nama 'Tanah Bersepadu' adalah translasi yang berpatutan. Sekian, Mohd Ayub bin Ladin. | Untuk makluman, nama negara dan ibu kota telah dibincangkan dalam Sidang Ke-31 Majlis Bahasa Brunei Darussalam- Indonesia-Malaysia pada tahun 1992. Antara keputusannya ialah: Nama-nama negara dan ibu kota yang telah lazim digunakan dalam versi bahasa Inggeris Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah dikekalkan walaupun negara berkenaan mempunyai versi bahasanya sendiri. Nama negara dan ibu kota yang telah biasa dikenali dengan nama bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan dalam konteks kebangsaan. Berdasarkan maklumat di atas, United Kingdom dikekalkan ejaan versi bahasa Inggeris dan Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan Mesir diterima kerana telah biasa dikenali dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.02.2011 |
Seperti berkepil. | 1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari. | Makna | 27.12.2006 |
adakah perkataan jenayah canggih sesuai digunakan dalam satu-satu ayat. Sila berikan cadangan terbaik bagi ayat berikut: Dimana sekarang dikota jenayah-jenayah besar dan canggih sedang meningkat | Berdasarkan konteks ayat yang telah diberikan oleh saudara, "jenayah canggih" tidak sesuai digunakan. Di bawah ini dicadangkan contoh ayat yang sesuai digunakan: Jenayah berlaku secara berleluasa di ibu kota. | Lain-lain | 25.09.2007 |
1. Jarak antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. 2. Jarak di antara Kota Bharu dengan Kuantan lebih kurang lima jam perjalanan. Ayat yang mana betul? Beza antara dan di antara? Mohon penjelasan. | Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. 1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. 2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah) 3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. 4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. Jawapan- Ayat nombor dua lebih tepat | Tatabahasa | 31.08.2015 |
apa maksud negeri, apa maksud wilayah persekutuan? adakah wilayah persekutuan dikira sebagai sebuah negeri dan berapa bilangan negeri di malaysia? | Salam sejahtera, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Untuk mengetahui maksud yang lebih jelas mengenai perkataan 'negeri' sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1075. Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi Wiayah Persekutuan tidak dikira sebagai sebuah 'negeri' | Lain-lain | 01.12.2012 |
selepas berbincang antara kami masih belum ada persefahaman yang sama, harap dapat pembetulan ayat di bawah yang mengikut tata bahasa yang baku. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak tidak merupakan tanggungjawab semata-mata guru di sekolah, tetapi dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapa dan guru. 4. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. 5. Lantaran itu di dalam dunia pendidikan menuju era globalisasi hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutama di dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia suatu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan rupa wajah anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. didahului terima kasih. | 1. Bercakap tentang kebudayaan, perkataan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan terlebih dahulu. 2. Ayat ini betul. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak bukan merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata, tetapi juga dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa. 4. Bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan antarabangsa, Oleh itu, tidak hairanlah bahasa Inggeris digunakan di kebanyakan kota. 5. Lantaran itu, dalam dunia pendididikan yang sedang menuju era globalisasi pada hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan dalam proses pengajaran sepeti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Setiap aktiviti pembelajaran pendidikan pada hari ini, terutama dalam era dunia tanpa sempadan banyak dipengaruhi kemajuan dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyumbang ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, satu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cemerlang dan cita-cita luhur dan unggul. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
Berikut merupakan keratan akhbar Berita Harian yang saya baca. KOTA BHARU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim meluangkan masa bertemu anak pasangan yang dipenjara di Sweden, sempena Hari Ibu, hari ini. Berdasarkan ayat di atas, adakah anak atau pun pasangan tersebut yg telah dipenjara? T. Kasih. | Berdasarkan ayat ini jelas menunjukkan pasangan yang dipenjara kerana pertemuan berlaku di Kota Bharu, sedangkan orang yang dipenjara di Sweden. Untuk mengelakkan kekeliruan boleh ditambah sendi nama "kepada" antara perkataan "anak" dan "pasangan" --> anak kepada pasangan. | Makna | 11.05.2014 |
1adakah ayat ini ayat penyata? baiklah, ibu. 2brown dalam bhs melayu perang atau coklat? atau kedua-dua betul? terima kasih. | Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu penyataan atau mengemukakan . Ayat keterangan tentang sesuatu perkara. Ayat penyata sering juga disebut ayat keterangan. Contoh ayat ialah: 1. Bapa saya wartawan di utusan Melayu 2. Mereka meninggalkan kota raya itu semalam. Oleh itu, ayat yang diberikan bukan ayat penyata. Dalam pangkalan data DBP, terdapat dua padanan bahasa Melayu untuk "brown", iaitu perang dan coklat. | Tatabahasa | 03.10.2014 |