Saya masih keliru dgn menggunakan frasa ibu mentua atau ibu mertua. Kedua2nya ada dlm kamus. Jd yg manakah frasa yg tepat? | Ejaan yang tepat ialah ibu mentua, iaitu ibu kepada isteri atau suami sendiri. Hanya ibu mentua sahaja yang diberikan takrifan dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. | Ejaan | 01.01.2015 |
Hidayahtul Najiihah Jul 11th, 10:24am Salam. Boleh saya tanya ? Antara ibu mentua dan ibu mertua yang mana satu betul? | Mengikut buku Kamus Dewan, ejaan yang tepat ialah ibu mentua, iaitu ibu kepada isteri atau suami sendiri. | Ejaan | 11.07.2014 |
frasa berbelah bagi betul atau berbelah bahagia betul? atau kedua-duanya betul? ibu mentua betul atau ibu mertua? | Ejaan yang betul ialah "berbelah bagi" atau "berbelah bahagi". Ejaan "berbelah bahagia" adalah salah. Manakala ejaan yang betul bagi "mentua" ialah "ibu mentua". | Istilah | 30.09.2014 |
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah "Berkongsi besan" ? | Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat amksdu besan ialah 1. hubungan yg terjalin antara ibu bapa mentua dgn ibu bapa sendiri; 2. ibu bapa kpd menantu. Jika merujuk kepada berkongsi besan ialah seseorang yang mempuanyai hubung kait dengan ibu bapa anda atau ibu bapa mentua anda. | Makna | 30.05.2018 |
1. Adakah perkataan besan boleh digunakan untuk merujuk kepada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan daripada perspektif seorang datuk/nenek? contohnya dalam situasi di mana seorang datuk memperkenalkan ibu bapa kepada isteri cucunya. 2. Apakah istilah terjemahan bagi granddaughter/grandson-in-law? Menantu cucu? | Maksud besan ialah hubungan yang terjalin antara ibu bapa mentua dengan ibu bapa sendiri. Terjemahan perkataan granddaughter-in-law ialah isteri cucu lelaki manakala terjemahan perkataan grandson-in-law ialah suami cucu perempuan. | Makna | 25.12.2018 |