Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bandar yg dijadikan sbg kepala negeri, ibu kota; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ibu Negeri Selangor atau ibu negeri Selangor.

Frasa yang betul ialah Ibu negeri Selangor.

Tatabahasa22.01.2025
Soalan 1 mengenai ayat tunggal pola FN + FN, manakah betul? a) Ibu negeri Perak Ipoh atau b) Ipoh ibu negeri Perak. Soalan 2 mengenai kata nama am / khas - a) Kami murid tahun satu atau b) Kami murid Tahun Satu

1) Ibu negeri Perak Ipoh atau Ipoh ibu negeri Perak. Kedua-dua ayat itu butul dan menepati pola FN + FN.

2) Kami murid tahun satu - tahun satu ialah kata nama am.

3) Kami murid Tahun Satu Gemilang - Tahun Satu Gemilang ialah kata nama khas.

Tatabahasa12.07.2011
ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan
  1. Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
Tatabahasa12.09.2021
Bagaimanakah ayat asal bagi majmuk gabungan bagi ayat Ipoh ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan
  1. Ipoh ialah ibu negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. Ipoh ialah pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan.
Tatabahasa12.09.2021
Salam. Adakah menjadi satu kesalahan jika meletakkan nama pekan dihadapan nama ibu negeri untuk tujuan menekankan lokasi ? Sebagai contoh Ipoh Pasir Putih Nasi Ayam?Pembentukan nama yang betul dalam bahasa Melayu ialah "Nasi Ayam Pasir Putih Ipoh".Tatabahasa24.08.2015
Apakah maksud bagi kata majmuk yang berikut: 1. Bulan mengambang 2. Atur mada 3. Atur acara 4. Atur program 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Alas pintu 8. Jalan tengah 9. Apakah perbezaan antara ibu negeri dan ibu negara? Terima kasih atas balasan tuan.

1. Bulan mengambang ialah  bulan penuh yang bercahaya dan kelihatan seolah-olah mengapung di udara.

2. Atur mada tiada dalam data rujukan kami.
3. Dalam data kami , ada perkataan atur cara yang bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll):

Untuk makna frasa lain, puan boleh menggunakan prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan tersebut.

Tatabahasa04.12.2013
Saya ada satu soalan untuk diutarakan berkaitan penggunaan perkataan BARU dan BAHARU. Saya dapati terdapat banyak iklan-iklan di televisyen sekarang menggunakan perkataan BAHARU. Adakah penggunaanya betul? Setahu saya BAHARU meruapakan perkataan lama yang sudah digantikan dengan perkataan BARU dan BAHARU digunakan untuk ibu negeri Johor iaitu Johor Baharu. Saya harap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya utarakan ini. Terima Kasih.Pengguna atau penutur bahasa Melayu kadang-kadang terkeliru tentang penggunaan kata baharu dan baru. Untuk makluman, baharu ialah kata adjektif manakala baru merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata baru dalam bahasa Melayu dapat disamakan dengan kata just dalam bahasa Ingeris. Manakala kata baharu dapat disamakan dengan kata new dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh perbandingan penggunaan kedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1. Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagi tadi. 2. Baru-baru ini harga petrol telah naik secara mendadak. 3. Baru sahaja Amin membuka pintu, kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4. Kami mengucapkan selamat tahun baharu kepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatan bergaya apabila memandu kereta baharu yang dibelinya semalam. 6. Kami sekeluarga sedang menonton drama kesukaan ramai, Dunia Baharu Anita. Setiap penutur boleh sahaja memberikan tafsiran tentang asal usul sesuatu perkataan itu. Mungkin dalam hal ini, saudara boleh mendapatkan Kamus Etimologi dan Kamus yang ditulis oleh Wilkinson untuk melihat tentang pembinaan sesuatu perkataan atau ejaan itu. Ejaan untuk Johor Baharu yang diguna pakai sekarang ini ialah Johor Bahru. Terima kasih.Makna29.10.2008
Assalam, saya ingin komen tentang maklumat penduduk Sabah dalam Kamus Dewan Perdana yang salah. Sepatutnya penduduk Sabah hanya 3.9 juta orang, bukan 8 854 000 dalam Kamus Dewan Perdana.Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) telah memasukkan maklumat tambahan bagi entri negeri-negeri di Malaysia iaitu maklumat tentang keluasan, jumlah penduduk dan ibu negeri bagi entri negeri tersebut.

Rekod pendrafan dan penyemakan entri Sabah merakamkan jumlah penduduk bagi negeri itu ialah 3 206 742 (2010).

Rekod ini telah dikemas kini pada peringkat pracetak menjadi jumlah penduduknya 8 854 000 (2017).

Pihak penyusun akan membuat perakaman data yang terkini bagi penerbitan KDP pada edisi yang seterusnya.

Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.
Lain-lain24.07.2021
Yang mana paling tepat: a) "Bak kata pepatah Melayu, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" b) "Bak kata pepatah Melayu, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" c) "Bak kata pepatah Melayu, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?"

Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: (d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?"

Tatabahasa08.09.2011
Salam, Sekiranya satu Sistem ICT dibangunkan bagi sesuatu negeri dan sistem berkenaan kemudiannya dipersetujui untuk digunakan juga di negeri-negeri lain. Manakah yang lebih tepat? i. Implikasi kos bagi pengembangan sistem ke seluruh negara ii. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara DAN i. Sistem berkenaan akan diperkembangkan ke seluruh negara ii. Sistem berkenaan akan diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara Terima kasih.i.  Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara.

Untuk makluman puan, implikasi ialah 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu:

Kami memohob penjelasan kiranya sistem yang dibangunkan itu memberi kesan pada kos seperti yang dimaksudkan dalam ayat.


ii. Sistem berkenaan akan diperluas penggunaannya ke seluruh negara.
Tatabahasa04.12.2013
1234

Kembali ke atas