Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tanah tumpah darah, tanah air: beliau berkata pelajar-pelajar di luar tanah air juga hendaklah bersiap sedia menyambut panggilan ibu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tanah tumpah darah; tanah air sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Tema Hari Guru 2019 "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi" Soalan : Berdasarkan kamus dan dapatan daripada ruangan soal jawab tuan, 'Pertiwi' dirujuk kepada akronim bagi Persatuan Wanita Islam Malaysia. Ibu pertiwi = tanah air. Saya berpendapat " Guru,Obor Hemah Menyinari Ibu Pertiwi" ialah ungkapan yang betul. Mohon pandangan tuan. Terima kasihPada pandangan kami, perkataan “Guru, Obor Hemah Menyinari Ibu Pertiwi” lebih sesuai digunakan.Makna15.04.2019
apakah yang dimaksudkan dengan "pertiwi"Pertiwi ialah akronim Persatuan Wanita Islam Malaysia dan frasa ibu peritiwi pula membawa maksud tanah air sendiri. Lihat pertiwi">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pertiwi untuk maklumat lanjut.Makna10.01.2013
Selamat petang, saya ingin tanya mengenai bila saya boleh menggunakan perkataan "ikrar" dan konteks-konteks di mana saya boleh menggunakan "mengikrar", "mengikrarkan", "diikrar" dan sebagainya. Misalnya saya 'mengikrar' atau 'mengikrarkan' afidavit. Sebarang pertolongan yang diberi amat dihargai.Untuk melihat konteks penggunaan perkataan, sila rujuk kamus dan lihat contoh penggunaan sesuatu kata dasar dan kata terbitannya. Contohnya, perkataan ikrar digunakan dalam konteks ayat yang berikut, ikrar dilafazkan oleh peserta kursus pada akhir majlis. Tidak ada perkataan mengikrar yang ada ialah mengikrarkan seperti ayat rakyat negeri ini mengikrarkan kesediaan mereka untuk membela ibu pertiwi. Tatabahasa24.04.2014

Kembali ke atas