Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum dalam bilik darjah. 2. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah. Sekian, wassalam. | Ayat yang betul ialah "Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah." - kerana di dalam menunjukkan tempat yang ada ruang. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
bahasa melayu menjadi bahasa ibunda kepada sebahagian besar penduduk di empat buah negara, yakni Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 24.01.2011 |
AlhamduLILLAH, Berbanyak terima kasih ... maafkan saya menggunakan Bahasa Melayu yang longgar ... begitulah kiranya saya menhayati bahasa ibunda ini online ... Bertanya lagi ... apakah boleh kita terjemahkan LEADING sebagai MERAJU Jadinya LEADING LEARNING - MERAJU PEMBELAJARAN Apa pula bunyinya jikalau saya terjemahkan begini: Learning engagement - Keterlibatan pembelajaran Learning disengagement - Ketidakterlibatan pembelajaran Sekali lagi memohon maklumbalas dan berbanyak terima kasih hjhmisna * saya telah kemukakan persoalan di atas melalui emel ... mungkin di sini sepatutnya saya panjangkan ... terima kasih | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Perkataan "meraju" tidak ada dalam bahasa Melayu. Perkataan meneraju pembelajaran, keterlibatan pembelajaran dan ketidakterlibatan/ketakterlibatan pembelajaran adalah betul dan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 30.11.2012 |
tuan/puan saya ingin bertanya pendapat tuan/puan mengenai 'memendekkan perkataan dalam penggunaan sms akan merosakkan bahasa ibunda?' terima kasih | Puan, Dalam kiriman sms pengguna memendekkan perkataan hanya untuk tujuan meringkaskan teks pesanan yang hendak disampaikan. Ini tidak bermakna bahasa tersebut dirosakkan kerana bentuk bahasa yang digunakan hanyalah dalam sms tersebut yang melibatkan dua pihak. | Lain-lain | 14.06.2010 |
bolehkah kata ganti nama bonda di gunakan oleh rakyat biasa (non-royal) untuk menggantikan panggilan ibu/emak? | Bonda ialah bahasa halus untuk 'ibunda' yang digunakan oleh kerabat raja. Walau bagaimanapun, panggilan bonda yang juga membawa maksud ibu atau emak boleh digunakan oleh rakyat biasa kerana penggunaannya bukan dalam konteks rasmi. | Lain-lain | 05.01.2011 |
senaraikan ciri-ciri bahasa pasar? | Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing. | Lain-lain | 07.10.2006 |
APAKAH MAKSUD SEBENAR PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA? | Merujuk Kamus Dewan, makna pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Bahasa kedua pula ialah bahasa yg (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yg diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang. | Lain-lain | 27.10.2010 |
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih. | Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis. | Lain-lain | 10.11.2011 |
Adakah macam mana dikatogarikan sebagai bahasa pasar sekian terima kasih | Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing. | Tatabahasa | 25.10.2013 |
Apakah prinsip bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Perbezaan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan kedua. Teknik mengajar bahasa melayu sebagai bahasa kedua. Contoh rancangan mengajar harian bahasa melayu sebagai bahasa kedua | Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua apabila bahasa rasmi atau bahasa ibunda penutur adalah bahasa selain bahasa Melayu atau bahasa asing. Teknik dan rancangan mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bergantung pada institusi atau individu berkenaan. | Lain-lain | 30.08.2006 |