| saya ingin bertanya tentang pemerolehan bahasa iaitu penguasaan bahasa pertama | Pemerolehan berkaitan dengan kajian psikolinguistik ketika membincangkan anak dengan bahasa ibundanya. Pemerolehan bahasa tidak dikaitkan dengan guru, kurikulum, alokasi waktu dsb. Anak bermula dari kosong, mengolah data dan memproduksi ujaran. Anak mampu menguasai tatabahasa dan menghasilkan ujaran seperti penutur dewasa. | Lain-lain | 13.10.2006 |
| saya lihat ramai anak muda sekarang suka berbahasa inggeris daripada bahasa melayu. adakah pihak tn. setuju bahawa anak muda suka berbahasa inggeris adalah disebabkan proses pembentukan kata bahasa melayu banyak berunsurkan bahasa inggeris.contohnya seperti perkataan akronim seperti felda, rtc dan sebagainya.berikan ulasan anda... | Pada pandangan saya pembentukan akronim hanyalah sebahagian kecil daripada unsur bahasa yang tidak sepatutnya menyumbang kepada kegoyahan jati diri rakyat Malaysia kepada bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi orang Melayu kepada bahasa ibundanya sendiri. Keutuhan jati diri penting bagi setiap rakyat Malaysia termasuklah mempunyai rasa sayang akan bahasa kebangsaannya. Tidak salah untuk sesiapa sahaja termasuklah anak muda menggunakan apa-apa bahasa sekalipun asalkan dalam konteks dan tempat yang betul. Dalam urusan rasmi dan kenegaraan bahasa Melayu ialah bahasa pengantarnya. Wallahua'lam. | Lain-lain | 08.03.2013 |