Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ibunya

Puisi
 

Ayam mengeram di dalam sarang,
     Terbang ibunya makan padi;
Hutan ditebas jadikan padang,
     Kenapa lalang tumbuh lagi?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biar nasi terbuang asal jangan periuk pecah.

Bermaksud :

Kesukaran waktu melahirkan anak; biar mati anak, asal ibunya selamat.

 

Lihat selanjutnya...(2)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/ Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan men kan atau me ... an - boleh diikuti dgn kata ' akan ' ? Contohnya : 1. Dia rindukan akan ibunya. (Sepatutnya kata adjektif emosi tidak boleh diletakkan " kan " pada penghujungnya - Dia rindu akan ibunya.) 2. Bagaimana pula dengan ayat : Dia amat merindukan akan ibunya ? (kata adjektif emosi sudah bertukar menjadi kata kerja transitif ' merindukan ' ). Bagaimanakah caranya untuk membetulkan ayat tersebut ? a. Dia amat rindu akan ibunya ? b. Dia amat merindui akan ibunya ? c. Dia amat merindui ibunya ? *** d. Dia amat merindukan ibunya ? e. Dia amat merindu akan ibunya ? atau ada jawapan lain yang lebih tepat ? *** 'men ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak hidup, betul ? Cthnya : ... menghadiahkan sepucuk surat kepada ibunya. ... merindukan masakan ibunya. manakala ' men ... i ' perlu diikuti dgn objek hidup : ... merindui ibunya ... menasihati pelajarnya Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com)

1. Ayat yang betul ialah Dia rindu akan ibunya.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 194, di bawah subtajuk (c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk (dengan Apitan meN-...-kan), binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan meN-...-kan adalah: subjek + kata kerja (meN-...-kan) + objek. Sama juga binaan ayat untuk kata kerja berapitan meN-...-i. Oleh itu, binaan ayat, Dia amat merindukan akan ibunya adalah salah. Ayat yang betul ialah: a. Dia amat rindu akan ibunya.  b. Dia amat merindui ibunya  dan c. Dia amat merindukan ibunya. Perkataan merindukan dan merindui bermaksud rindu akan dan boleh diikuti dengan objek bernyawa. Kesimpulannya, tidak semua aspek tatabahasa bahasa Melayu dapat dipastikan betul atau salah melalui rumus.

Tatabahasa14.02.2011
Salam sejahtera. Bolehkah 'tetapi' digunakan pada pangkal ayat? Contoh: Dia suka melawan kata ibunya. Tetapi, ibunya tidak marah akannya. Adakah penggunaan penanda wacana 'akan tetapi' lebih sesuai? Sekian, terima kasih.penanda wacana yang dicadangkan ialah namun dalam ayat contoh ini.Tatabahasa08.07.2010
Ali tangkap gambar ibunya dengan menggunakan kamera Ali merakam gambar ibunya dengan meggunakan kamera Ali mengambik gambar ibunya dengan menggunakan kamera Yang mana betul? Tangkap, rakam, atau ambil?Frasa yang selalu digunakan ialah menangkap gambar atau mengambil gambar. Jika hendak menggunakan frasa merakam gambar, frasa yang tepat ialah merakamkan gambar. Namun demikian, perkataan merakamkan lebih sesuai digunakan untuk frasa merakamkan video. Perkataan merakamkan lebih sesuai untuk video kerana video biasanya mempunyai bunyi dan gambar. 
Oleh itu, ayat yang betul ialah Ali menangkap gambar ibunya dengan menggunakan kamera, Ali mengambil gambar ibunya dengan menggunakan kamera. 

Lain-lain02.11.2020
dimarahi oleh ibunya atau dimarahi ibunya atau kedua-dua boleh diterima? TQKedua-duanya betul digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa04.09.2012
Salam...yang mana yang betul... Saya mendoakan agar ibunya cepat sihat. atau... Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat. Kenapa jawapan itu sebegitu.Ayat yang betul ialah "Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat." Kata kerja transitif "mendoakan" mesti diikuti oleh objek, iaitu ibunya.Tatabahasa05.09.2013
Tolong cerakinkan ayat di bawah Ali sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya.Ayat yang gramatis "Ali menyedari bahawa dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya", Ali - subjek, menyedari - kata kerja transitif dan bahawa dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya - seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif itu (bahawa - kata komplemen dan dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya - ayat 2). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 508.Tatabahasa21.04.2014
Apakah ayat pasif untuk ayat-ayat berikut? Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu.Ayat yang diberikan ini "Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." tidak mengikut hukum  tatabahasa iaitu kata kerja aktif transitif memerlukan objek sebagai penymbut. Manakala ayat pasif bagi ayat "Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu" ialah "ibu dia dihadiahi olehnya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu". Ayat pasif bagi ayat ini pula "Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." ialah "Ibu dihadiahi oleh saya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu."Tatabahasa22.05.2017
Salam sejahtera. Tuan, Ayat yang manakah betul; Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya.Kamal dan kakaknya segera balik ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya / Kamal dan kakaknya segera pulang ke kampung setelah menerima panggilan telefon daripada ibunya. Kedua-dua ayat itu betul, balik dan pulang sama maknanya.Tatabahasa21.07.2008
Ayah dan ibunya dibunuh secara kejam. Apakah fungsi kata bagi perkataan “secara” di atas?Perkataan secara membawa maksud dengan cara. Klausa secara kejam merupakan keterangan cara.Tatabahasa31.07.2020
Ayat yang mana satu yang betul: Dia memberitahu ibunya bahawa dia perlukan kotak kosong itu untuk diisikan makanan-makanan dalam tin yang ingin didermakannya. Atau Dia memberitahu ibunya dia memerlukan kotak kosong itu untuk diisikan dengan makanan-makanan dalam tin yang ingin didermakannya.Ayat yang betul ialah "Dia memberitahu ibunya bahawa dia perlukan kotak kosong itu untuk diisikan makanan dalam tin yang ingin didermakannya." Tatabahasa24.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas