Mereka risalah bagi syarikat telekomunikasi di dalam bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu pada Istilah 'local ID'.Bolehkah menggunakan terjemah 'ID Local' atau istilah 'ID Tempatan' | Istilah yang digunakan ialah ID Tempatan. | Istilah | 29.06.2011 |
Assalamualaikum... 1. Apakah yang dimaksudkan kata Indonesia (id) yang menjadi entri dalam Kamus Dewan 2. Berapakah anggaran jumlah kata Indonesia yang diserap masuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? | 1. Id dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kependekan untuk Indonesia. Entri yang mempunyai tanda Id bermaksud entri tersebut berasal daripada bahasa Indonesia. 2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Kamus dan Perkamusan Melayu, Noresah Baharom et.al (Bab 8, muka surat 139). Buku ini diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 20.02.2013 |
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH... | Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 09.02.2008 |
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali. | id="dict_KDE">Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut: bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk; melecut1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan; melecutkan1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan; lecutanpukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat; pelecutalat utk melecut, cambuk, cemeti.
| id="dict_KIM" style="display: none"> | id="dict_KMI" style="display: none"> | id="dict_KMC" style="display: none"> | id="dict_KST" style="display: none"> | id="dict_PRB" style="display: none"> | id="dict_SIB" style="display: none"> |
| Makna | 02.10.2009 |
mengenai maksud laporan serta maklumat laporan untuk dalam pengajian asas pengurusan dan juga mengenai definisi penyelarasan dan tentang kepentingan dan semua maklumat penyelarasan dan laporan untuk membuat asyment. | | Lain-lain | 21.11.2008 |
sumbangan zaaba terhadap perkembanga bahasa melayu sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap perkembangan bahasa melayu | id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan seperti dibawah, atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Sumbangan Za'ba dalam bidang terjemahan. Pelita Bahasa.1/11/98 2. id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">Pelita Bahasa dan semangat Za'ba | Adnan Abd. Majid | Dewan Masyarakat | 01/06/1991 | | | | | 3. id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">Za'ba cukup berjasa kepada Umno dan bangsa Melayu | | Mastika | 01/05/1997 | 4. id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000 | 5. id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">Za'ba: pendita ulung dan penyuluh bahasa | Azizul Azman Othman | Mutiara Malaysia | 01/05/1995 | 6. id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">Dewan Bahasa dan Pustaka dan perancangan bahasa (kenangan untuk DatukHaji Hassan Ahmad) | A. H | Dewan Bahasa | 01/09/1988 | 7. id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi pembinaan dan pengembangan bahasa | Hassan Ahmad | Dewan Bahasa | 06/01/1981 | 8. id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">Dewan Bahasa dan Pustaka: lima dekad memartabatkan bahasa kebangsaan | Saharom Abd Aziz | Dewan Siswa | 01/08/2006 | | Lain-lain | 15.05.2008 |
makna rework | id="ist_malay">Makna rework ialah kerja semula Huraian: Tindakan mengulang satu atau lebih operasi pengilangan untuk tujuan memperbaiki hasil bahagian boleh terima. (KEJ) | Makna | 21.04.2009 |
maksud jangka hayat | id="ist_malay">jangka hayat: (1) Ukuran purata tentang berapa lama seorang itu dijangka akan terus hidup, selalunya diukur dalam tahun. (2) Hayat perkhidmatan yang berfaedah yang dijangkakan bagi sesuatu peralatan. | Makna | 20.03.2009 |
Apakah terjemahan bagi 'macroscopic'? Tk. | id="ist_malay">Merjuk daftar istilah, macroscopic ialah makroskopik dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan objek yang dapat dilihat dengan mata kasar tanpa mikroskop. Untuk mengetahui istilah, sila rujuk daftar istilah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 20.03.2009 |
rencana tentang alam sekitar tahun 2008 | Sila rujuk bahan ini : 1. id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">Alam sekitar: permasalahan dan pengawalan | Surtahman Kastin Hasan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1997 | 2. id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">Masalah alam sekitar dan kesihatan | | Persatuan Pengguna Pulau Pinang | 1978 | 3 id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">Penilaian kesan-kesan alam sekitar | Abdullah Mohamad Said | Institut Teknologi MARA | 1992 | 4. id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">Etika alam sekitar daripada perspektif islam, timur dan barat | Mohd Zuhdi Marsuki | PTS Publications & Distributors Sdn Bhd | 2002 | 5. id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">Permasalahan alam sekitar | Fadil Hj. Othman | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1996 | 6. | Lain-lain | 08.06.2008 |