Ida Nardiel Rasid Nov 7th, 12:23pm DBP ada jual buku tentang adaptasi novel ke drama atau filem tak? | Kedai Buku Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka tidak ada menjual buku berkaitan adaptasi novel ke drama atau filem. | Lain-lain | 07.11.2014 |
Saya Nur-ida Cheloh Belajar Bahasa Melayu Dasar Inging Bertanya Tengtang Bahasa Melayu Orang Apakah maknanya | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat orang membawa maksud 1 manusia (sebagai dirinya sendiri); 2 diri manusia sebagai kata ganti nama diri ketiga secara umum; 3 penjodoh bilangan bagi manusia; 4 manusia yang berasal dari sesebuah daerah atau negeri; 5 bangsa; kaum | Makna | 28.10.2015 |
Assalamualaikum W.b.t, Saya Puan ida dari syarikat Abnaa, ingin memohon kerjasama dari pihak DBP untuk menyemak iklan yang akan ditampal di syarikat kami bagi tujuan permohonan lesen dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya di talian 038941 9803 atau 018-6649795. Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai. Sekian, Terima kasih. Puan Ida. | Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ Sekian terima kasih | Lain-lain | 20.07.2017 |
Assalamulaikum En/Puan, Saya Ida dari Malaysian Institute of Accountant (MIA) ingin menanya beberapa soalan: 1. Kamus Dewan Bahasa yang terbaru adalah edisi berapa dan dikeluarkan pada tahun berapa? 2.Adakah Kamus Dewan Bahasa mempunyai 'on-line' pencarian? | 1. Kamus Dewan Edisi Keempat, terbit pada tahun 2005. 2. Kamus Dewan tidak ada dalam talian, namun saudara boleh layari laman web kami prpm.dbp.gov.my untuk mencari maksud/padanan kata/istilah yang diperlukan. | Lain-lain | 18.03.2009 |