Golongan remaja selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,mementingkan kebendaan,tidak mahu mengembangkan ilmu pengetahuan malah berfikiran cetek.Sejauhmanakah kebenarannya??Berikan pendapat anda. Bagaimanakah jawab soalan ini?? | Bagi menjawab soalan tersebut, tuan dikehendaki menghuraikan idea-idea yang dinyatakan dengan menyertakan bukti dan contoh. Tuan perlu menegaskan kebenaran idea tersebut dengan memberikan pendapat atau idea yang lain. | Lain-lain | 25.10.2013 |
apakah defini konseptual dan operasional | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke-4, konséptual berkaitan dgn (mengenai) konsep, berasaskan konsep: para penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dlm idea-idea ~ serta gaya olahannya. manakala operasioanl 1. berkaitan dgn operasi: strategi dan program yg ~; 2. berkeadaan baik dan sedia utk digunakan. | Makna | 10.01.2008 |
Assalamualaikum. Pertanyaan saya. 1.Bagaimana ingin menyumbang karya atau penulisan kearah mana perlu dituju. 2. bagaimana Panduan penulisan yang baik 3. adakah dengan berkarya boleh menambahkan pendapatan saya. bagaimana? 4. saya bukanlah seorang mahir untuk berkarya cuma ada idea-idea kecil untuk sumbangan kearah kebaikkan. | Terima kasih atas pertanyaan Sdr. Sdr boleh menghantar karya Sdr kepada: Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sila sertakan maklumat tentang diri Sdr untuk memudahkan pihak kami menghubungi Sdr semula. Sdr boleh merujuk buku-buku yang diterbitkan untuk mendapatkan maklumat panduan penulisan yang baik. Perkara ini bergantung pada bidang penulisan, peringkat pembaca, jenis penulisan dan sebagainya. Bergantung pada bahan tulisan Sdr. dari segi mutu penulisan, sasaran pembaca, persembahan dan pendekatan, dan pelbagai faktor lagi. Mudah-mudahan Sdr berjaya.
| Lain-lain | 19.04.2011 |
Bagi buku teks BM Tahun 3 SJKC, didapati permulaan setiap perenggan pertama suatu petikan tidak dijarakkan sedikit tetapi permulaan perenggan kedua dan berikutnyanya dijarakan pula. Adakah ini format baharu untuk petikan atau karangan? | Perenggan pertama ialah perenggan konsep, mengandungi ayat tesis atau idea utama kepada subidea. Perenggan konsep (perenggan pertama) mesti santak kiri untuk membezakannya dengan perenggan fizikal, iaitu idea-idea sokongan kepada idea utama. | Lain-lain | 02.10.2006 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GAYA BAHASA PERTAUTAN?? | Gaya bahasa pertautan merujuk bahasa yang digunakan untuk menunjukkan pertautan satu idea dengan satu idea yang lain bagi memperkukuh sesuatu wacana. Sila rujuk buku-buku yang ada di pasaran tentang perkara ini. | Tatabahasa | 28.02.2009 |
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang penghasilan manuskrip. 1.Apakah yang perlu ada dalam sesebuah manuskrip yang ingin dihantar dan bagaimanakah untuk mendapatkan lampiran yang pihak DBP kehendaki? 2. Jika karya dalam manuskrip yang ingin dihantar pernah disiarkan, adakah saya perlu sertakan kredit (di mana karya itu pernah disiarkan) dan adakah untuk menerbitkannya saya perlu mendapatkan kebenaran penerbit asal? 3. Jika perlu disertakan kredit, bagaimana pula dengan karya saya yang pernah tersiar dalam sisipan Tunas Cipta dalam Dewan Sastera? Adakah saya perlu menyertakan kredit Dewan Sastera atau Tunas Cipta? 4. Bagaimana pula dengan karya siber yang ingin dihantar sebagai manuskrip, adakah perlukan sumber? Diharap soalan-soalan ini dapat dijawab kerana saya sedikit jahil tentang penyediaan manuskrip. Wassalam. | Persoalan sdr. adalah tentang harta intelek dan penghasilan sesebuah karya. Dalam harta intelek, ada disebut idea dan pernyataan idea. Idea boleh diambil daripada mana-mana sumber, tetapi pernyataan idea seperti sesebuah karya orang lain, tidak boleh ditiru kerana dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Sesebuah manuskrip adalah pernyataan idea, dan pernyataan idea ini mestilah lahir daripada pengarang itu sendiri, bukan dicedok daripada mana-mana karya orang lain. Tentang karya sendiri yang pernah terbit, tidak perlulah dinyatakan sumbernya kerana itu karya sendiri, bukan karya orang lain. Tentang kredit atau penghargaan kepada pengarang yang karyanya diambil, itu hanyalah setakat pemakluman, tetapi bukan remedi terhadap pelanggaran undang-undang hak cipta. Karya yang pernah tersiar dalam Internet pasti ada penulisnya, dan penulis itulah tuan punya hak ciptanya. Karya sedemikian adala seperti karya-karya lain, dilindungi oleh undang-undang harta intelek. | Lain-lain | 08.11.2008 |
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannya | Konstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu. | Sastera | 27.04.2012 |
Salam, Dalam penggunaan dokumen, adakah IDEA / IDE? | Ejaan yang betul ialah idea. | Ejaan | 22.10.2009 |
Penulis yang terkenal itu tidak pernah kering idea untuk menghasilkan karyanya. Adakah penggunaan perkataan 'kering' betul ? | Penggunaan perkataan kering dalam ayat boleh digunakan. Namun, perkataan yang lebih tepat digunakan ialah ketandusan idea. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
assalammualaikum , saya amat berminat di dalam karya berfokuskan sastera.saya ingin sekali untuk menulis dan ingin menyumbangkan idea kepada masyarakat . tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak menghantar hasil idea saya kepada pihak tuan/puan. Jadi saya perlukan khidmat nasihat dari pihak tuan/puan dalam membantu saya . sekian terima kasih | Sdr bolehlah hantar kepada Rozninah Abd. Azib, Editor Dewan Sastera di alamat rozninah@dbp.gov.my | Lain-lain | 16.04.2010 |