| Apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan "Levers" seperti di dalam ayat berikut: Identification of Levers That Enable Their Excellence | Dalam pangkalan data DBP, padanan bahasa Melayu untuk "lever" ialah tuil atau tuas. "Lever" boleh juga bermaksud sebagai pendesak atau penggalak, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 02.12.2016 |
| Saya mendapatkan kepastian. Apakah istilah sasaran Bahasa Melayu bagi perkataan "social-emotional". Contoh ayat "another barrier to early identification of young children with social-emotional problems is related to the assessment instruments available". Contoh istilah yang digunakan dalam Bahasa Inggeris "social-emotional development" "social-emotional skills" "young children with social-emotional issues" | Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk social-emotional ialah sosioemosi. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 15.09.2017 |
| Tuan/Puan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "on the cases or coverings“ dalam konteks ayat di bawah: 3. After receiving the goods into his charge, the carrier, or the master or agent of the carrier, shall, on demand of the shipper, issue to the shipper a bill of lading showing among other things— (a) the leading marks necessary for identification of the goods as the same are furnished in writing by the shipper before the loading of such goods starts, provided such marks are stamped or otherwise shown clearly upon the goods if uncovered, or on the cases or coverings in which such goods are contained, in such a manner as should ordinarily remain legible until the end of the voyage; Sama ada boleh diterjemah “on the cases” sebagai "bekas" dan “covering” sebagai “penutup” ? Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 28 September 2021. Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi "on the cases or coverings“ mengikut konteks ayat ialah pada kotak atau penutup | Makna | 24.09.2021 |
| Salam sejahtera. Terima kasih atas maklumbalas anda. Berikut saya lampirkan definisi operasi/contoh penggunaan perkataan-perkataan yang ingin diterjemahkan. Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan dan disesuaikan mengikut konteks ayat seperti yang berikut: 1. objective authenticity = kesahihan/keaslian objektif 2. constructive authenticity = kesahihan/keaslian membina 3. existensial authenticity= kesahihan/keaslian kewujudan 4. food authencitity = kesahihan/keaslian makanan 5. place attachment= emosi setempat *Place attachment is sometimes used interchangeably with “sense of place” - a personal identification with a location or landscape on an emotional level as an individual or as a member of a community.7,8 Place attachment is a “person-place bond that evolves from specifiable conditions of place and characteristics of people.”9 6. intention to recommend = Mengesyorkan 7. cultural motivation =dorongan/motivasi kebudayaan 8. stimulus-organism-repsonse model = model tindak balas Ransangan/Dorongan Organisma 9. underpinning model = model sokong bawah 10. mediating role = peranan perantara 11. moderating role = peranan sederhana 12. controls variable = pemboleh ubah kawalan | Penyemakan dan penterjemahan | 19.06.2019 |