Apakah strategi-strategi komunikasi terkini yang digunakan pihak dbp dalam usaha organisasi ini membentuk imej, identiti dan reputasi | Identiti, imej dan reputasi korporat merupakan agenda utama aktiviti korporat bagi setiap organisasi termasuk DBP. Strategi-strategi komunikasi DBP bagi mengekalkan imej, identiti dan reputasi korporat yang positif dibuat secara terancang, berterusan dan sistematik merangkumi aspek berikut : Hubungan Media, Komunikasi Dalaman, Periklanan, Identiti Korporat, Direct Mail, Penajaan, Pameran (Hari Bertemu Pelanggan), Persidangan, Hubungan Komuniti, Pengurusan Krisis, Acara Khas dan Penghubung. | Lain-lain | 29.07.2007 |
maksud identiti korporat? | Identiti korporat bermaksud sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah badan korporat yang menjadi lambang institusi tersebut. | Makna | 18.01.2010 |
Mohon nasihat daripada DBP berkaitan istilah 'Online Identity' dalam bahasa Melayu. Manakah yang lebih tepat Identiti Dalam Talian ATAU Identiti Atas Talian? Terima kasih atas perhatian. | Padanan bahasa Melayu bagi "online identity" ialah identiti dalam talian. | Istilah | 10.08.2020 |
maksud kekaburan identiti | Dalam data rujukan kami, tiada maksud khusus bagi kekaburan identiti. Walau bagaimanapun, dalam Kamus Dewan Edisi Empat, kekaburan bermaksud perihal atau keadaan kabur. Manakala identiti bermaksud 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yang dapat menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yang tersendiri. 2 adat resam, kesenian dsb yang dapat melambangkan sekumpulan masyarakat (negara dll): Sikap yang lemah lembut dan peramah telah menjadi ~ masyarakat Malaysia. | Makna | 12.12.2013 |
Tiada Identiti TUE 1:03AM Salam..buku zaba perangai bergantung pada diri sendiri ada tak?. | Tuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya, stesen Petronas yang terpilih di seluruh negara dan Tesco. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. | Lain-lain | 16.08.2016 |
perbezaan antara identiti korporat dengan komunikasi korporat? | Identiti korporat ialah sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah daban korporat yang menjadi lambang institusi tersebut. Komunikasi korporat pula ialah satu unit yang menjadi perantara atau penghubung antara sesebuah institusi dengan pihak luar. | Makna | 18.01.2010 |
Apakah maksud kepercaman? Apakah kata dasarnya? Ia dipadankan dengan kata 'identity' dalam istilah Malaysia. Apakah konteks menggunakan istilah tersebut? Jika saya gantikan kata 'identiti' dalam ayat berikut dengan 'kepercaman' adakah ia betul? "Bahasa sebuah bangsa ialah (identiti) kebudayaannya. | Kata dasar bagi perkataan kepercaman ialah cam yang menerima apitan peN...an. Istilah tersebut dibuat untuk membezakannya dengan perkataan kecaman. Istilah kepercaman digunakan untuk pelbagai bidang seperti Antropologi, Farmasi, Matematik, Pendidikan, Pentadbiran, Perpustakaan, Kejuruteraan dan pelbagai lagi. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, jika dilihat pada maksud, istilah kepercaman boleh digunakan tetapi dalam konteks ayat tersebut kami di DBP menggunakan perkataan yang lazim digunakan iaitu identiti. | Istilah | 16.12.2018 |
1.HURAIKAN FUNGSI BAHASA 2.TERANGKAN KENAPA BAHASA PENANDA SOSIALISASI | Dalam pengertian khusus, peranan bahasa lebih digemari berbanding fungsi bahasa. Peranan bahasa sebagai alat untuk tujuan tertentu dalam kehidupan penutur. (sebagai kumpulan atau masyarakat sesebuah negara, suku kaum, dll.) Terdapat tiga fungsi bahasa iaitu Ideational yang berkaitan dengan idea. Ia meliputi apa yang difikirkan dan apa yang ada dalam minda. Kedua, Interpersonal iaitu antra individu. Penghasilan banyak bahasa yang dikeluarkan semasa proses ini. Ketiga, Textual iaitu apa yang ditulis dalam perenggan.Bahasa wujud dalam teks dan susunan ayat yang bersistematik. Bahasa dikatakan sebagai petanda sosialis kerana akan wujud persoalan identiti bahasa kebangsaan, identiti kerjaya, identiti status sosial dan, identiti kumpulan yang mempunyai minat yang sama. | Lain-lain | 28.08.2006 |
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi? | Salam Maal Hijrah 1432, Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang menyerap masuk nilai-nilai Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003). Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724. Salam takzim. | Lain-lain | 04.12.2010 |
adakah waktu/masa, lapang/rehat,alat/bahan, identiti/imej, pangkal/hujung, utama/dominan termasuk dalam sinonim kontkes, laras sosial atau kolokasi?? | Contoh-contoh yang tuan berikan ada yang merupakan sinonim dan ada juga antonim, kesemua kata ini juga berkait boleh berkolokasi dalam ayat tertentu. Tidak ada maklumat yang rinci berkaitan tajuk dan contoh ini dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 19.03.2015 |