Salam sejahtera. 1) "Walaupun ibu Sara sudah lama meninggal, ibunya sentiasa di dalam hati Sara." Adakah perkataan "hati" digunakan dengan tepat di dalam ayat ini? 2) Di dalam rekod pertanyaan DBP, perkataan "heart shape" diterjemahkan sebagai "bentuk hati". Namun, saya agak keliru kerana "heart" dalam Bahasa Melayu ialah "jantung". "Liver" dalam Bahasa Melayu ialah "hati". Oleh itu, mengapakah "heart shaped" diterjemahkan sebagai "bentuk hati"? | 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">1) Penggunaan yang betul dalam ayat tersebut ialah dalam hati. 2) “Heart” dan “liver” diterjemahkan sebagai jantung dan hati mengikut konteks dan bidang. Tetapi, “heart shape” mempunyai maksud idiomatik yang berunsur metafora dan simbolik. Oleh sebab itu, “heart shape” diterjemahkan sebagai bentuk hati. | Tatabahasa | 20.05.2021 |