Mohon pencerahan, mana satu yang betul. 1. Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam; 2. Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam); 3. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam; 4. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Islam); 5. Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam; 6. Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam); 7. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Islam; atau 8. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Kepimpinan Islam). | Frasa yang betul ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam. | Tatabahasa | 17.03.2019 |
Nak tanya Hj. Amizul? Yang mana satukah betul antara "Kursus Perguruan Lepasan Ijazah" @ "Kursus Perguruan Lepas Ijazah (yang kini diguna oleh KPM)"... TK | Yang betul ialah Kursus Lepas Ijazah. Lepasan ijazah merujuk kepada pelajar. | Tatabahasa | 08.03.2009 |
Apa beza panggil pemegang master dan phd | Mohon tuan untuk memperincikan soalan tuan. Untuk makluman tuan, pemegang "master" ialah pemegang ijazah "sarjana", iaitu pemegang ijazah kedua (tahap pengajian akademik selepas ijazah pertama di institut pengajian tinggi). Pemegang "Phd"pula ialah pemegang ijazah "Doktor Falsafah", iaitu ijazah tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan yang membawa gelaran Dr. | Lain-lain | 24.08.2023 |
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Mohon semakan yang mana satu betul; 1. Ijazah Doktor Kehormat; 2. Ijazah Kehormat Doktor; atau 3. Ijazah Kehormat Kedoktoran. Terima kasih. Rozani binti Mohd. Noh | Jawapan yang betul ialah Ijazah Kehormat Kedoktoran. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Bagaimanakah penggunaan huruf besar dan kecil pada ijazah dalam ayat berikut: Beliau mendalat ijazah Sarjana dan Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya dan ijazah Doktor Falsafah daripada….. | Ayat yang betul ialah “Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastera daripada Universiti Malaya dan Ijazah Doktor Falsafah daripada…”. | Tatabahasa | 20.10.2024 |
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya tentang kaedah yang tepat menulis imbuhan pra dan pasca. Pengguna Bahasa Malaysia menulis imbuhan ini sama ada dijarakkan, ada sempang atau didekatkan dengan perkataan yang hendak diimbuhkan. Mana satukah cara penulisan yang betul? i. praijazah dan pascaijazah ii. pra-ijazah dan pasca-ijazah iii. pra ijazah dan pasca ijazah Terima kasih. | Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti praijazah, pascaijazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). | Tatabahasa | 16.06.2009 |
Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston @ Dia menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Boston | Ayat yang betul ialah "Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston". | Tatabahasa | 12.09.2011 |
Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) IJAZAH KEHORMAT DOKTOR (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) atau 2) IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Bentuk yang betul ialah IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) | Istilah | 10.05.2013 |
Sama ada istilah 'doktoral' boleh digunakan untuk menggambarkan ijazah di peringkat PhD atau Doktor Falsafah. Contoh ayat Universiti A menawarkan dua ijazah doktoral iaitu Doktor Falsafah dan Doktor Pentadbiran Perniagaan. | Istlah yang digunakan ialah kedoktoran. Contoh: ijazah kedoktoran. | Istilah | 19.06.2008 |
Mohon pengesahan yang mana satu betul: 1. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada... atau 2. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang kepada... | Ayat atau istilah yang betul ialah 1. Universiti telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada... | Tatabahasa | 09.05.2015 |