Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah ceraian suku kata untuk perkataan-perkataan di bawah ini betul? 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up terima kasihPenggalan suku kata seperti contoh perkataan yang tuan berikan adalah betul. 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up .Tatabahasa02.04.2015
ceraikan suku kata untuk 1. tiup = ti + up 2. naik = na + ik 3. menaiki = me + na + ik + i 4. meniup = me + ni + up adakah suku kata di atas diceraikan dengan betul?1. tiup = tiup
2. naik = nai/
3. menaiki = me.nai.ki
4. meniup = me.niup
Tatabahasa22.03.2015
Salam, Dalam istilah perubatan, perkataan "endoscopy" diterjemahkan sebagai "endoskopi". Bagaimana pula perkataan "endoscopic". Adakah "endoskopik" atau "endoskop" sahaja? Perlukah semua perkataan saintifk yang berakhir dengan "...-ic" perlu diterjemahkan sebagai "...-ik" ? Apakah kaedahnya untuk menterjemahkan perkataan saintifik seperti sedemikian? Terima kasih.Padanan endoscopy dalam bahasa Melayu ialah endoskopi, manakala endoscopic ialah endoskop. Berdasarkan pembentukan kedua-dua istilah tersebut tidak semua perkataan dalam bahasa Inggerisnya berakhir dengan ...-ic diterjemahkan sebagai ...-ik  dalam bahasa Melayu. Ada sebab, alasan serta peraturan tertentu dalam penterjemahan istilah ke dalam bahasa Melayu. Hal ini dibincangkan di peringkat pakar bidang yang terbabit dalam kerja tersebut.Istilah05.08.2009
saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. INGIN. Adakah i/ngin ATAU in/gin? 2. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/din/gan ATAU per/tan/ding/an? 4. PERANGAI. pe/ran/gai ATAU pe/ra/ngai? 5. SANGAT. san/gat ATAU sa/ngat? 6. TERINGAT. ter/in/gat ATAU ter/i/ngat? 7. MENGIRA. men/gi/ra ATAU me/ngi/ra? 8. SUATU. su/a/tu ATAU sua/tu? 9. SEMUA. se/mua ATAU se/mu/a? 10. MENAIKI. me/na/ik/i ATAU me/naik/i ATAU me/nai/ki? 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi ATAU pak cik/gobi?

Pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan.

1. INGIN.  i/ngin

2. DENGAN. de/ngan?

3. PERTANDINGAN. per/tan/di/ngan

 4. PERANGAI. pe/ra/ngai

5. SANGAT. sa/ngat?

6. TERINGAT. te/ri/ngat,  ter/i/ngat

7. MENGIRA. me/ngi/ra

 8. SUATU. sua/tu?

 9. SEMUA. se/mua

10. MENAIKI. me/nai/ki,  me/nai?/ki 

11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi 

Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi  Edisi Kedua boleh dijadikan sumber rujukan.

Tatabahasa27.04.2010

Kembali ke atas