| Apakah bau yang paling sesuai untuk ikan masin/kering ? Hapak atau Hanyir. | Kami cadangkan bau "bacin" untuk ikan masin. | Lain-lain | 14.07.2014 |
| Apakah perbezaan "garing","rapuh"dan"rangup" | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “garing” bermaksud 1. agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. Rapuh dan rangup memberi maksud mudah pecah atau patah atau rapuh. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, kata "rangup" ada persamaan makna dengan “rapuh”. Contoh ayat: "Kerepok yang rangup" atau "Kerepok yang rapuh”. Walau bagaimanapun, penggunaan kata tersebut perlu bersesuaian dengan konteks ayat. Perbezaannya, hanya kata “rapuh” mempunyai perluasan makna kiasan contohnya tidak teguh, tidak kuat, lemah dan lain-lain. | Makna | 10.11.2021 |
| Apakah ejaan yang betul dan makna yang betul, adakah serondeng atau serunding? | Ejaan yang betul ialah serondeng yang bermaksud makanan yang dibuat daripada kelapa parut yang digoreng atau makanan yang dibuat daripada daging (ikan, udang dan sebagainya) yang disiat halus-halus dan dimasak dengan santan dan rempah-rempah hingga kering. | Ejaan | 20.06.2018 |
| Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'? | Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya. Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. | Makna | 29.07.2013 |
| Salam Sejahtera. Mohon penjelasan Tuan/Puan berkenaan dengan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat berikut. Difokuskan kepada pemilihan kata yang digunakan sama ada sesuai atau salah. (Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Sendi) 1. Sungai memainkan peranan yang penting untuk berhidup. 2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, hari itulah kematian masyarakat. 3. Selepas bekerja bertungkus-lumus, badan kita memerlukan masa untuk rehat. 4. Orang yang hobinya suka memancing boleh memancing ikan di sungai dan memasakan ikan yang mempunyai protein yang banyak. Ayat ini merupakan tulisan karangan pelajar sekolah menengah berkaitan tajuk kepentingan sungai. Mohon penjelasan tentang kesalahan bahasanya. Terima kasih. | Ayat yang tepat: 1. Sungai memainkan peranan yang penting dalam hidup. (kata sendi untuk tidak boleh digunakan kerana mesti digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama) 2. Jika suatu hari nanti air sungai kering, itulah hari kematian manusia. (contoh ayat yang diberikan tidak gramatis dan terdapat pemilihan perkataan yang kurang sesuai) 3. Selepas bekerja bertungkus lumus , badan kita memerlukan rehat. (ejaan bagi perkataan bertungkus lumus tidak ada tanda sempang) 4. Orang yang suka memancing ikan boleh memancing di sungai dan memasak ikan tersebut kerana kaya dengan protein. | Tatabahasa | 21.11.2017 |
| 1) adakah penggunaan kata ‘aliran’ betul pada ayat ini “Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras” 2) apakah kata ganda yang tepat bagi “jam tangan” ‘jam-jam tangan’ atau ‘jam tangan-jam tangan’ 3) adakah penggunaan kata ‘masam’ betul pada ayat ini “Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam” 4) adakah penggunaan kata ‘terdedah’ betul pada ayat ini “Pintu hadapan rumah itu terdedah” 5) ayat yang manakah betul “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan.” atau “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan.” atau “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan” 6) adakah penggunaan kata ‘mempertajam’ betul pada konteks di bawah “mempertajam akal fikiran” “mempertajam skilnya” “mempertajam usaha” 7) kenapa ayat ini salah “seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam” | Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan: 1. Ayat tersebut betul. 2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan". 3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 4. Ayat tersebut betul. 5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya". 7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ” | Tatabahasa | 13.09.2023 |