Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih. | Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Puan, Sila jelaskan jawapan yang berikut :- 1) Abang mengerat beberapa ______ tebu. A. ikat B. ruas C. kerat 2) Ibu menggunakan beberapa _____ kunyit untuk menggulai ikan. A. biji B. kaki C. keping D. batang Terima kasih. | 1) Abang mengerat beberapa ruas tebu. 2) Ibu menggunakan beberapa kaki kunyit untuk menggulai ikan. | Tatabahasa | 06.09.2013 |
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu 5) Mei Ling menyertai acara meniup belon. 6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang. 7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki. 8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol. | Tatabahasa | 23.06.2011 |
cindai | Sdr. Ibnu Salam, CINDAI membawa maksud - 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). | Makna | 04.10.2010 |
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris berikut, 1) Fixing strap, 2) Ribbed vault, 3) Navigation buoy. Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk fixing strap, ribbed vault dan navigation buoy dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk setiap perkataan seperti yang berikut: 1. fixing - ikat, pengekal, penetap, strap - tali, pita, bebat, sabuk 2. ribbed - beralur, berusuk, berbunga , vault - kekubah, bilik kebal 3. navigation - pandu arah, pengemudian, buoy - boya, pelampung Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan.
| Istilah | 01.10.2012 |
apakah maksud "sangga" | Sangga I : benda yang digunakan untuk menopang (menahan dll) dari bawah. Sangga II : ; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia. Sangga III : Kelantan 1. balasan hantaran (pd hari perkahwinan); 2. menahan (menepis, me-nangkis) serangan atau pukulan dgn tangan. Sangga IV : Jawa; ukuran banyak padi (banyaknya lima ikat). Sangga V: Kedah; tak ~ terlalu, sangat: besar tak ~. | Makna | 11.01.2013 |