Adakah boleh suatu persatuan pelajar mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas. Contohnya, Surat Pekeliling Ikhtisas Panduan Pelaksanaan Program Secara Bersemuka. | "Surat Pekeliling Ikhtisas" merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Surat pekeliling ini merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, ia juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Surat Pekeliling Ikhtisas, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Pelajaran Malaysia. | Lain-lain | 15.08.2021 |
Apa itu maksud perkataan "ikhtisas" | Kamus Dewan menakrifkan ikhtisas sebagai: 1. untuk mata pencarian (berkenaan pekerjaan dan sebagainya), 2. berkaitan dengan pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus. | Makna | 20.05.2010 |
Apakah perbezaan Surat Pekeliling Ikhtisas dan juga Surat Pekeliling Am. Terima kasih. | "Surat Pekeliling Ikhtisas" merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Surat pekeliling ini merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, ia juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. "Surat Pekeliling Am" pula lebih fokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dan lain-lain, contohnya, Penyeragaman Format Kepala Surat. | Lain-lain | 09.08.2021 |
Apakah maksud "Sastera Ikhtisas"? Diharap pihak tuan/puan dapat menjawab soalan saya dengan secepat mungkin. Sekian, terima kasih. | Secara umum, istilah sastera ikhtisas merujuk kepada kerjaya selain daripada bidang sains. Istilah ini lazim digunakan dalam pemilihan sesuatu kursus yang bukan dalam bidang sains. | Lain-lain | 12.05.2009 |
Saya ingin tahu perlukah diulangi menulis Surat Pekeliling Ikhtisas seperti yang berikut: Pihak sekolah berjaya menawarkan kerja kursus seperti kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1993 : Kerja Kursus Untuk Penilaian Menengah Rendah.(penggunaan pertama-ditulis penuh). Namun, tidak ramai guru yang mematuhi kehendak SPI Bil. 9/1993. (Penggunaan ke-2).Boleh disingkatkan seperti ini atau diulang sepenuhnya | Pengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 06.11.2010 |
Apakah maksud dan perbezaan "kelulusan akademik" dan "kelulusan ikhtisas"? Terima kasih. | Kelulusan akademi bermaksud kelulusan yang diperolehi oleh individu setelah memenuhi semua syarat-syarat pengajian di Pusat Pengajian Tinggi. Manakala kelulusan ikhtisas pula bermaksud kelulusan yang memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus. | Makna | 31.03.2015 |
bagaimanakah membina ayat berikut dengan betul? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan | Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.02.2015 |
Salam 1Malaysia. soalan 1. apakah tanda ayat yang paling sesuai digunakan dalam ayat? ( , ) atau ( ; ) soalan 2. yang manakah contoh ayat yang paling sesuai untuk menyatakan perbandingan antara dua responden. Contoh 1. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah. contoh 2. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua/guru besar sekolah, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP. mohon pembetulan dan penjelasan jika perlu. tq | Untuk makluman tuan, tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah - memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan seperti Ali membeli rambutan, langsat dan durian. Tanda koma bertitik (;) pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambungkan dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu seperti Membaca menambahkan ilmu; dan berfikir mempertajam akal. Sila rujuk maklumat berkenaan untuk disesuaikan dengan teks yang tuan kemukakan. | Ejaan | 02.09.2015 |
salam 1Malaysia, saya memohon kepastian untuk ayat yang paling sesuai bagi ayat 1 atau ayat 2 berikut: Ayat 1: Sungguhpun demikian, majoriti respons responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. Ayat 2: Sungguhpun demikian, majoriti respons ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. apakah kedua-dua contoh ayat di atas sesuai atau ada ayat yang lain yang lebih sesuai? mohon bantuan atau cadangan ayat. tq | Sungguhpun demikian, majoriti responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan kenyataan bahawa tugas guru, iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada berhampiran atau di dalam kawasan sekolah.
| Tatabahasa | 31.03.2015 |
apakah perkataan yang paling sesuai ( memiliki atau mempunyai Sijil Perguruan) untuk ayat di bawah? Berdasarkan dapatan Jadual 4 ini, dapat disimpulkan bahawa responden yang memiliki / mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan,Diploma Pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan menunjukkan kompetensi yang tinggi dalam hampir keseluruhan item. | Kedua-dua perkataan, iaitu ‘memiliki’ dan ‘mempunyai’ boleh digunakan. Sama ada memiliki ikhtisas Sijil Perguruan... atau mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan... adalah betul. | Tatabahasa | 21.01.2015 |