Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikhtisas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan profesional, kompeten, cekap, berkelayakan, berkelulusan, mahir, terlatih.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa itu maksud perkataan "ikhtisas"Kamus Dewan menakrifkan ikhtisas sebagai: 1. untuk mata pencarian (berkenaan pekerjaan dan sebagainya),  2. berkaitan dengan pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus.Makna20.05.2010
Salam 1Malaysia. soalan 1. apakah tanda ayat yang paling sesuai digunakan dalam ayat? ( , ) atau ( ; ) soalan 2. yang manakah contoh ayat yang paling sesuai untuk menyatakan perbandingan antara dua responden. Contoh 1. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah. contoh 2. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua/guru besar sekolah, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP. mohon pembetulan dan penjelasan jika perlu. tqUntuk makluman tuan, tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah - memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan seperti Ali membeli rambutan, langsat dan durian. Tanda koma bertitik (;) pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambungkan dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu seperti Membaca menambahkan ilmu; dan berfikir mempertajam akal. Sila rujuk maklumat berkenaan untuk disesuaikan dengan teks yang tuan kemukakan.Ejaan02.09.2015
salam 1Malaysia, saya memohon kepastian untuk ayat yang paling sesuai bagi ayat 1 atau ayat 2 berikut: Ayat 1: Sungguhpun demikian, majoriti respons responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. Ayat 2: Sungguhpun demikian, majoriti respons ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. apakah kedua-dua contoh ayat di atas sesuai atau ada ayat yang lain yang lebih sesuai? mohon bantuan atau cadangan ayat. tqSungguhpun demikian, majoriti responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan kenyataan bahawa tugas guru, iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada berhampiran atau di dalam kawasan sekolah.

Tatabahasa31.03.2015
Salam 1Malaysia, yang manakah ayat (1 atau 2) yang paling sesuai digunakan dalam ayat berikut? mohon cadangan ayat yang sesuai. 1. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk Kandungan mata pelajaran adalah sama, sama ada responden guru Lelaki atau Perempuan, responden guru Luar Bandar atau Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana muda pendidikan. 2. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk Kandungan mata pelajaran adalah sama di antara responden guru Lelaki dan Perempuan, responden guru Luar Bandar dan Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana muda pendidikan. sekian terima kasih1. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk kandungan mata pelajaran adalah sama, sama ada responden guru Lelaki atau Perempuan, responden guru Luar Bandar atau Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan.

Tatabahasa13.08.2015
salam 1 Malaysia, soalan saya, adakah saya perlu untuk meletakkan tanda koma selepas perkataan (ini bermakna dan manakala) bagi ayat berikut: Ini bermakna, responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala, dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. terima kasihIni bermakna responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. Tidak perlu tanda koma selepas kedua-dua perkataan tersebut, walau ada jeda (berhenti sebentar) sewaktu kita membacanya.Tatabahasa07.08.2015
apakah perkataan yang paling sesuai ( memiliki atau mempunyai Sijil Perguruan) untuk ayat di bawah? Berdasarkan dapatan Jadual 4 ini, dapat disimpulkan bahawa responden yang memiliki / mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan,Diploma Pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan menunjukkan kompetensi yang tinggi dalam hampir keseluruhan item.

Kedua-dua perkataan, iaitu ‘memiliki’ dan ‘mempunyai’ boleh digunakan. Sama ada memiliki ikhtisas Sijil Perguruan... atau mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan... adalah betul. 1">

Tatabahasa21.01.2015
adalah perkataan 'terhadap' sesuai untuk ayat berikut? apakah ayat yang paling sesuai untuk contoh ayat di bawah? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan

Penggunaan kata sendi ‘terhadap’ dalam ayat yang tuan kemukakan betul. 1">

Tatabahasa02.02.2015

Kembali ke atas