apakah perkataan lain bagi ikon dalam bahasa malaysia? | Ikon bermaksud 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat. | Lain-lain | 17.06.2010 |
Salam sejahtera. Adakah sebutan "i" dalam perkataan ikon dan idea sama dengan "ikan" atau sama dengan sebutan bahasa Inggeris "ai"? Terima kasih. | Sebutan huruf "i" dalam perkataan "ikon" dan "idea" sama dengan sebutan dalam "ikan". | Lain-lain | 01.04.2014 |
1. Apakah perbezaan antara semaikan dan menyemaikan? 2. Bagi ayat di bawah, mana yang lebih tepat penggunaan perkataan semai. kita perlu semaikan dan kukuhkan nilai kolektif yang menjadi hak dan ikon bersama. atau kita perlu menyemaikan dan mengukuhkan nilai kolektif yang menjadi hak dan ikon bersama. Terima kasih. | Ayat yang lebih gramatis menyemaikan: Kita perlu menyemaikan dan mengukuhkan nilai kolektif yang menjadi hak dan ikon bersama. | Lain-lain | 11.01.2015 |
Bagaimana saya ingin menyesuaikan perkataan KEMPAS dengan TAMAN KEMPAS JAYA? Apakah ikon yang sesuai untuk TAMAN KEMPAS tersebut yang sesuai dengan makna perkataan KEMPAS itu? Apakah 'Pokok Kempas' atau sebaliknya? | Perkataan kempas bermaksud i. sejenis tumbuhan(pokok) ii. - kempis turun naik(dadanya), mengah-mengah(nafasnya), kembang kempis. Ikon yang sesuai ialah pokok atau tumbuhan. Sila jelaskan soalan yang pertama. Walau bagaimanapun penamaan kawasan tersebut boleh menjadi taman Kempas Jaya, Taman Kempas Indah, Taman Kempas Murni dsb. bergantung pada konsep dan keadaan yang hendak ditampilkan. | Makna | 12.02.2009 |
1)Stew dalam bahasa stu atau stew? 2)Apakah maksud ikon ® dalam laman ini? 3)Di manakah saya boleh cari penerangan tentang pemendekan ayat dalam laman web prpm, maksud saya dalam kamus di laman prpm contohnya ada ayat 'st' yang digunakan yang bermaksud 'something'. Ada tak senarai pemendekan ayat yang lain? | Stew dalam bahasa Melayu ialah stew. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud Ikon ialah gambar, lukisan, imej, atau gambaran. Sistem kami menyediakan perkhidmatan kependekan istilah namun tidak kesemua kependekan di rakamkan lagi dalam sumber rujukan kami. Jika ada sebarang cadangan terhadap kependekan tuan/puan boleh layari http://ekamus.dbp.gov.my/ | Makna | 22.09.2016 |
Salam. Bahagian kami akan menerbitkan ikon digital book bagi laman web Jabatan Penerangan Malaysia. Jadi, ingin minta nasihat untuk penulisan perkataan digital book yang betul. Adakah ditulis sebagai:- a)d-book b) D-Book c)D-book atau d)d-Book Mohon pencerahan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. | Salam Pihak kami mencadang sebarang perkataan menggunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu. Oleh itu, pihak kami mencadang d-Buku. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.06.2016 |
Boleh bantu saya dapatkan maklumat kesesuaian penggunaan perkataaan 'deskripsi' atau 'deskriptif' untuk tujuan digunapakai pada ikon system? Terima kasih | Cadangan kami, deskriptif lebih sesuai digunakan dalam konteks yang tersebut. | Tatabahasa | 29.01.2014 |
Terjemahan untuk: Emoticon Assalam, Boleh saya ketahui mengapakah perkataan 'emoticon' diterjemahkan sebagai 'emotikon' dan bukannya 'emosikon' (gabungan emosi + ikon)? | Wassalam, Emotikon diterjemahkan daripada perkataan "emoticon" yang berasal daripada perkataan emotional icon. Perubahan hanya berlaku dengan penggantian huruf [C] kepada [K] apabila diterjemah dalam bahasa Melayu.
| Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2017 |
ke alamat email yang mana saya perlu hantar lakaran papan iklan saya untuk tujuan mendapatkan pengesahan bahasa,memandangkan tiada ikon email di dalam lampiran permohonan(papan iklan saya diambil gambar menggunakan android)tq | Sila layari laman web www.prpm.dbp.gov.my, klik e-perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan ikut panduan dalam domain tersebut. | Lain-lain | 29.05.2013 |
SAYA TELAH MEMBUAT PENEGSAHAN PERMOHONAN DI LAMAN WWW.PRPM.DBP DAN TELAH MENDAFTAR MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DITETAPKAN. MASALAH SAYA IALAH IKON PERMOHONAN TIDAK KELUAR UNTUK SAYA MENGETAHUI STATUS PERMOHONAN SAMA ADA TELAH DISAHKAN ATAUPUN TIDAK | Sila nyatakan nombor pendaftaran iklan puan untuk semakan. Maklum balas (status) pengesahan permohonan dihantar melalui e-mel. | Lain-lain | 06.12.2014 |