Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[iÖ.ti.raf]/[ik.ti.raf] | اعتراف

Definisi : ; mengiktiraf 1. menerima atau mengakui: Malaysia tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yg tidak berperlembagaan; satu usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 2. mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan menghargai; pengiktirafan 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[iÖ.ti.raf]/[ik.ti.raf] | اعتراف

Definisi : ; mengiktiraf menerima dan mengakui sesuatu sbg satu kebenaran; mengesahkan: Beberapa buah negara Asia telah ~ kerajaan Bangladesh. pengiktirafan perbuatan atau hal mengiktiraf; pengakuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iktiraf
Kata Terbitan : mengiktiraf, pengiktirafan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas.

Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan.

Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat  
Definisi Kongsi: 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. 

Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama.

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Tatabahasa09.05.2018

Kembali ke atas