| MAKSUD ILTIZAM | (i) KETERLIBATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN PENUH TANGGUNGJAWAB DALAM MELAKUKAN SESUATU, KOMITMEN. (ii) PENYATAAN BERUPA PERSETUJUAN (PERJANJIAN) YANG MENYEBABKAN SESEORANG (SESUATU PIHAK) TERIKAT (BERAZAM) UNTUK MELAKUKAN SESUATU. | Lain-lain | 02.12.2010 |
| apakah maksud iltizam | iltizam 1. keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab, atau memberikan sepenuh tumpuan, tenaga dan sebagainya terhadap sesuatu. 2. penyataan berupa persetujuan atau perjanjian yang menyebabkan seseorang atau sesuatu pihak terikat atau berazam untuk melakukan sesuatu. Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata dalam bahasa Melayu. | Makna | 09.09.2024 |
| Baiki ayat di bawah jika ada. Bayangkan dunia tempat setiap satu manusia bebas berkongsi hasil kesemua pengetahuan. Itulah iltizam kami. | Ayat yang betul ialah: Bayangkan dunia sebagai tempat berkongsi ilmu pengetahuan sesama manusia. Itulah iltizam kami. | Tatabahasa | 07.12.2022 |
| apa maksud ikhtizam dan betul ke ejaannya | Perkataan iltizam bukan ikhtizam bermaksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 567. | Makna | 01.01.2009 |
| Selamat pagi, kepada golongan pakar bahasa Melayu yang sangat dihormati. Saya ingin menerangkan bahawa pejuang bahasa Thai bertekad untuk mengekalkan dan memelihara bahasa aslinya yakni ketulenan bahasanya serta pejuang bahasanya dapat menangkis serangan istilah asing disebabkan iltizam yang kuat di kalangan ahli bahasanya dan sokongan padu daripada pihak diraja dan golongan bangsawannya tetapi di manakah pejuang bahasa Melayu sebenar sebagaimana yang dilakukan oleh Pencinta sebenar bahasa Melayu pada zaman Zaa'ba dan juga yang dilakukan oleh pakar bahasa Thai dan Cina? saya selaku mahasiswa UiTM akan berasa sangat malu jikalau penginggerisan bahasa Melayu berterusan dan semakin banyak istilah saduran bahasa Inggeris sehingga hilang keaslian dan jati diri bahasa Melayu . Perkara dan hal ini perlu diselesaikan serta perbincangan yang sungguh-sungguh perlu dilakukan di kalangan ahli bahasa Melayu untuk menyelamatkan bahasa Melayu daripada kehilangan jati dirinya seterusnya memelihara, memartabatkan, mengukuhkan, dan mengekalkannya . Mohon pertimbangan daripada pihak DBP dan golongan pakar bahasa Melayu. | Secara umumnya fungsi DBP bolehlah dirangkumkan sebagai membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Dalam skop perancangan korpus/ pembinaan bahasa DBP melaksanakan penyelidikan bahasa, menggubal istilah dalam pelbagai bidang, menyusun kata (entri) kamus. Peranan memartabatkan bahasa Melayu merupakan peranan rakyat Malaysia seluruhnya, tanpa perlu rasa malu. | Lain-lain | 22.08.2014 |
| perlaksanaan atau pelaksanaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), perlaksanaan dan pelaksanaan mempunyai makna yang berbeza. Perlaksanaan ditakrifkan seperti yang berikut: 1. hal terlaksananya tugas, misi, peraturan dan sebagainya. Contoh: Semua ini mempunyai kaitan dengan kesungguhan dan iltizam dalam perlaksanaan dasar bahasa itu sendiri. 2. hasil melaksanakan sesuatu. Contoh: Perdana Menteri meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Pelaksanaan pula ditakrifkan sebagai hal, proses atau perbuatan melaksanakan tugas, misi, peraturan dan sebagainya. Contoh: Komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan sistem perbankan Islam patut dipuji. | Makna | 22.01.2026 |
| APAKAH TANGGUNGJAWAP DAN PERANAN UNTUK MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU? BAGAIMANAKAH IBU BAPA BOLEH MEMBANTU PROSES PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM SESEBUAH INSTITUSI KEKELUARGAAN? | Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. Rasa sayang kita terhadap bahasa kebangsaan harus sentiasa dipupuk malah diterapkan dalam institusi keluarga seperti mengamalkan penggunaan bahasa yang betul (mengikut situasi) dalam kalangan keluarga, jika kita berbahasa dengan betul bermakna kita menjaga adab dan susila hidup berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, rujuk makalah yang berkaitan dalam konteks perbincangan ini. | Tatabahasa | 27.08.2010 |
| Cabaran dan kendala dalam usaha memperkasa dan memertabatkan bahasa Melayu | Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi dalam negara merdeka seperti Malaysia yan sentiasa terbuka menerima sebarang bentuk kemajuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. | Lain-lain | 27.07.2009 |
| Saya musykil dengan janji kerajaan untuk memperkasa dan mengutamakan Bahasa Melayu dalam semua urusan Kerajaan. Saya berasa sangat kecewa apabila TV3 hari ini menunjukkan sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak dimana Ketua Menterinya sendiri menyampaikan ucapan dalam bahasa inggeris. Apa pandangan dan tindakan DBP terhadap isu ini? Adakah ini cara kita memertabatkan BM sebagai Bahasa Kebangsaan? | Perjanjian 20 Perkara dalam Pembentukan Malaysia, memberi ruang kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi di Sarawak. Walau bagaimanapun DBP selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam hal pemartabatan bahasa akan terus berusaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini bukanlah mudah dan memerlukan iltizam semua pihak khususnya kesungguhan politik untuk memartabatkan bahasa Melayu di seluruh Negara termasuklah dalam konteks di Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum, bahasa dan budaya. Untuk makluman tuan, kami sedang berusaha mendapatkan maklumat yang rinci tentang senario penggunaan bahasa Melayu dalam sidang DUN Sarawak dan maklumat tersebut akan di-e-melkan kepada tuan. | Lain-lain | 29.04.2015 |
| Saya ingin mohon khidmat DBP untuk menyemak terjemahan dari bahasa Inggeris ke BM. Terima kasih. ENGLISH TEXT Management Philosophy Epson aspires to be an indispensable company, trusted throughout the world for our commitment to openness, customer satisfaction and sustainability. We respect individuality while promoting teamwork, and are committed to delivering unique value through innovative and creative solutions. EXCEED YOUR VISION As Epson employees, we always strive to exceed our own vision, and to produce results that bring surprise and delight to our customers. BM TRANSLATION Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan, dipercayai di seluruh dunia untuk komitmen kami terhadap keterbukaan, kepuasan pelanggan,dan kemampanan. Kami menghormati individualiti di samping memupuk kerja berpasukan, dan komited untuk memberi nilai yang unik melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. EXCEED YOUR VISION Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melebihi visi kami sendiri, dan untuk menghasilkan keputusan yang mengagumkan serta menggembirakan pelanggan kami. | Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut: Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan dan dipercayai di seluruh dunia kerana iltizam kami dari segi bersikap terbuka, kepuasan pelanggan,dan kemampanan syarikat. Di samping memupuk kerja berpasukan, kami menghormati keindividualan dan beriltizam untuk memberikan nilai bitara melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. MELAMPAUI WAWASAN ANDA (EXCEED YOUR VISION). Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melampaui wawasan kami sendiri dan menghasilkan keputusan luar dugaan serta menggembirakan pelanggan kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2017 |