Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya mengenai perkataan malaikat Jibrail a.s atau malaikat Jibrail AS? Imam Shafie RH atau Imam Shafie r.h? Nabi Adam A.S atau Nabi Adam a.s? Perkataan Abbasiyyah atau Abbasiyah yang mana satu betul? kalau nama-nama hadis seperti hadis af'al, hadis nabawi, hadis qudsi adakah huruf besar? sekian, terima kasih | Singkatan untuk alaihissalam ialah a.s. Singgakatan untuk radiallahuanhu ialah r.a. Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah. Hadis dieja dengan huruf kesil: hadis kudsi, hadis nabawi | Ejaan | 12.06.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'al' di dalam tajuk, huruf besar atau kecil? Contoh: Kenyataan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah atau Kenyataan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah Rahimahullah? Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam, Penggunaan "al" ialah huruf kecil. Contoh: "Kenyataan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah Rahimahullah" | Tatabahasa | 13.12.2014 |
ASSALAMUALAIKUM. Mohon pengesahan untuk ejaan مسجد الإمام النووي dengan ejaan bahasa melayu... Adakah menggunakan ejaan MASJID AL-IMAM AL-NAWAWI atau MASJID AL-IMAM AN-NAWAWI atau terdapat ejaan lain yang lebih tepat.. Terima kasih. Mohd Nazif Zakaria (0195477026) | Ejaan yang betul ialah مسجد الإمام النووي mengambil kira bentuk ejaan yang mashyur bagi nama Imam Nawawi. | Ejaan | 30.09.2019 |
Assalamualaikum. Soalan Adakah perkataan "Pegawai Masjid", "Jawatankuasa Kariah", "Imam", "Bilal", "Noja" dalam ayat berikut perlu dieja dengan huruf besar? Ayat: 1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melantik 10 orang "Pegawai Masjid" pada Januari 2020. 2. Pelantikan "Jawatankuasa Kariah" perlu disegerakan. 3. Kekosongan jawatan Imam, Bilal dan Noja di beberapa masjid telah diiklan pada minggu lepas. Terima kasih. | Pegawai masjid, jawatankuasa kariah, imam, bilal, noja ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil, kecuali disandarkan dengan kata nama khas yang lain seperti Imam Masjid Hidayah. | Tatabahasa | 06.06.2020 |
Assalamualaikum/ selamat sejahtera, Mohon bertanya cara penulisan subhanallah yang berada di tengah-tengah ayat. Adakah "s" ditulis menggunakan huruf besar dan dicondongkan (italic)? Contoh ayat: Makmum duduk menunggu imam dan menyebut subhanallah agar imam tersedar lalu duduk semula untuk tasyahud akhir. | Cadangan penggunaan perkataan Subhanallah dengan betul adalah seperti yang berikut:"Makmum duduk menunggu imam dan menyebut Subhanallah agar imam tersedar lalu duduk semula untuk tasyahud akhir". | Tatabahasa | 01.04.2020 |
Assalam. Tuan/Puan yang dihormati. Mohon nasihat berkaitan panggilan hormat untuk tuan imam semasa majlis rasmi? Terima kasih. | Tiada panggilan hormat khusus untuk tuan imam. Panggilan seperti orang lain, sama ada Tuan Haji atau Encik sahaja. | Lain-lain | 30.10.2015 |
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته Mohon pengesahan untuk ejaan مسجد الإمام النواوي dengan ejaan bahasa melayu... Adakah menggunakan MASJID AL-IMAM AL-NAWAWI atau MASJID AL-IMAM AN-NAWAWI atau terdapat ejaan laon yang lebih tepat.. Terima kasih. Mohd Nazif Zakaria (0195477026) | مسجد الإمام النووي Ejaan yang betul ialah | Ejaan | 29.08.2019 |
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya? | Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran. | Lain-lain | 16.01.2009 |
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Tempat Letak Kereta Pengawai - untuk tempat letak kereta imam, bilal dan nazir (yang mana yang sesuai) 2. Tandas VIP 3. Bilik Kuliah 1 dan Bilik Kuliah 2. Sekian, Terima Kasih. | Cadangan kami, puan boleh menyusun tempat letak kereta seperti berikut: I. TEMPAT LETAK KERETA KHAS IMAM BILAL NAZIR
| Lain-lain | 25.10.2016 |
Mohon jasa baik tuan yang bijaksana semak penggunaan tanda petik dalam ayat ini. Betulkah begini?: Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku'?" | Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku?'" | Ejaan | 02.11.2011 |