Hi, apakah padanan untuk thumbnail image? Imej kecil, imej kenit, imej kuku? | Imej kecil atau imej kenit | Makna | 01.11.2007 |
adakah tajuk ini betul "Kajian imej dan persepsi masyarakat Islam di Sabah terhadap imej dan kewibawaan mahkamah syariah di Sabah; kajian di Zon Pantai barat Sabah | Cadangan: Mahkamah Syariah di Sabah: Kajian Imej dan Persepsi Masyarakat di Zon Pantai Barat. | Lain-lain | 27.11.2008 |
bolehkah saudara memberikan definisi atau pengertian imej lelaki dalam karya sastera? terima kasih atas bantuan saudara. | Secara umum, imej lelaki dalam karya sastera merujuk kepada watak-watal lelaki dalam sesebuah karya sastera. Saudara boleh merujuk ciri-ciri maskulin jika ingin melihat imej lelaki dalam karya sastera yang ingn dikaji. | Lain-lain | 24.06.2009 |
Apakah strategi-strategi komunikasi terkini yang digunakan pihak dbp dalam usaha organisasi ini membentuk imej, identiti dan reputasi | Identiti, imej dan reputasi korporat merupakan agenda utama aktiviti korporat bagi setiap organisasi termasuk DBP. Strategi-strategi komunikasi DBP bagi mengekalkan imej, identiti dan reputasi korporat yang positif dibuat secara terancang, berterusan dan sistematik merangkumi aspek berikut : Hubungan Media, Komunikasi Dalaman, Periklanan, Identiti Korporat, Direct Mail, Penajaan, Pameran (Hari Bertemu Pelanggan), Persidangan, Hubungan Komuniti, Pengurusan Krisis, Acara Khas dan Penghubung. | Lain-lain | 29.07.2007 |
Saya ingin tahu untuk terjemahan "sharper and clearer images", mana satukah yang betul: "imej/gambar yang lebih tepat dan jelas" atau "imej/gambar yang lebih tajam dan jelas"? Harap dapat beri keterangan bagi jawapan yang betul. Terima kasih | Terjemahan yang betul ialah “imej/gambar yang lebih terang dan jelas”. | Istilah | 13.08.2014 |
Assalamualaikum wrt. wbt. ang manakah lebih tepat untuk digunakan dalam prosedur permohonan data remote sensing : i) Nyata sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan atau ii) Nyatakan kenapa imej satelit berkenaan diperlukan. Terima kasih. | Ayat yang paling tepat ialah "Nyatakan sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan". | Tatabahasa | 23.05.2011 |
Adakah penggunaan ayat berikut betul; 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' Terima kasih! | Ayat 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' betul dan tidak mengandungi kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 02.03.2007 |
Kesesuaian ayat ini: i) Bagi memperkukuhkan imej dan status quo Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik dan berkaliber. ii) memerlukan perancangan rapid | Tukar kepada: i) Memperkukuh imej dan status quo Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik dan stabil ii) Memerlukan perancangan yang rapi | Lain-lain | 11.09.2017 |
saya nak tanya tentang 'sebagai akibat' atau 'sebagai akibatnya',yang mana betul? 'Sebagai akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar.',ayat ini betulkah? | Yang betul ialah akibat atau akibatnya - Akibat/Akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar. | Tatabahasa | 16.06.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan kata " dan kemudian" yang merujuk kepada "and then", adakah penggunaan "dan kemudian" bersifat lewah dan penggunaan "kemudian" sudah memadai untuk merujuk "and then"? Saya juga ingin mengetahui tentang penggunaan tanda baca koma "," sebelum perkataan "kemudian", adakah penggunaan tanda baca ini perlu? Contohnya: Tuding ke sudut bawah kiri skrin, gerakkan stilus ke imej buku, kemudian ketik imej tersebut. atau Tuding ke sudut bawah kiri skrin, gerakkan stilus ke imej buku kemudian ketik imej tersebut. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasih | Frasa and then diterjemahkan kepada kemudian. Dalam hal ini perlu juga melihat fungsi kata hubung "dan" di dalam konteks tersebut. Kata hubung "dan" merangkaikan unsur yang sama tara sifatnya. Adakah unsur yang sama antara kemudian dengan kata sebelumnya? Tanda koma sebelum kemudian boleh diletak ataupun ditiadakan. | Tatabahasa | 29.05.2015 |