| Salam sejahtera. Saya ingin meminta pendapat pakar bahasa di DBP mengenai terjemahan perkataan "immerse", "immersion", dan "immersive" dalam konteks teori pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dikenali sebagai "total immersion method". Dalam teori ini, sesi pengajaran sesebuah bahasa (biasanya bahasa asing) dilakukan sepenuhnya dalam bahasa target. Contohnya, pembelajaran bahasa Jepun diajar sepenuhnya dalam bahasa Jepun. Khidmat nasihat daripada pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Perkataan "immerse". "immersion" dan "immersive" mempunyai makna yang amat berbeza mengikut konteks yang tuan kemukakan. Untuk frasa "total immersion method" mengikut konteks tuan, pihak kami mencadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "kaedah penyerapan penuh". | Makna | 03.09.2020 |
| Tuan, Apakah terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan "immerse" (istilah landskap) dalam petikan ini: MENAIK TARAF LANDSKAP KONSEP ‘IMMERSED’ BAGI EKSIBIT ZOO NEGARA UPGRADING LANDSCAPE WORKS IMMERSED CONCEPT ON NATIONAL ZOO EXHIBIT FRIM telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) untuk melaksanakan projek menaik taraf landskap Zoo Negara yang menampilkan konsep “immersed” untuk pameran haiwan. Projek ini telah disempurnakan pada 2019 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Konsep ‘immersed’ ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih semula jadi, berbanding dengan bangunan buatan dan kandang, yang mana haiwan itu ditempatkan dan dijaga. Sebelum ini, pemisahan pelawat dan haiwan yang dipamerkan adalah terlalu fizikal dan tegar, iaitu, dalam bentuk pagar logam dan sangkar yang sering menyekat pandangan. Dengan konsep pameran ‘immersed’ ini, kewujudan pemisah di antara pelawat dan haiwan menjadi kurang ketara dengan penggunaan dinding kaca dan sempadan semula jadi seperti tali air dan tumbuh-tumbuhan yang diperkenalkan dalam reka bentuk landskap. Projek ini melibatkan kawasan-kawasan pameran untuk tapir, harimau, seladang dan rusa serta kawasan persekitaran Kompleks Pemuliharaan Panda Gergasi dan ruang terbuka yang lain di kawasan zoo berkenaan. Sekian, terima kasih. | Perkataan "immersed" dalam konteks ayat di atas dapat dipadankan sebagai terperinci. Walau bagaimanapun, kami tidak menyemak ayat tersebut secara keseluruhan. | Lain-lain | 11.03.2020 |