| Tuan, Apakah terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan "immerse" (istilah landskap) dalam petikan ini: MENAIK TARAF LANDSKAP KONSEP ‘IMMERSED’ BAGI EKSIBIT ZOO NEGARA UPGRADING LANDSCAPE WORKS IMMERSED CONCEPT ON NATIONAL ZOO EXHIBIT FRIM telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) untuk melaksanakan projek menaik taraf landskap Zoo Negara yang menampilkan konsep “immersed” untuk pameran haiwan. Projek ini telah disempurnakan pada 2019 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Konsep ‘immersed’ ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih semula jadi, berbanding dengan bangunan buatan dan kandang, yang mana haiwan itu ditempatkan dan dijaga. Sebelum ini, pemisahan pelawat dan haiwan yang dipamerkan adalah terlalu fizikal dan tegar, iaitu, dalam bentuk pagar logam dan sangkar yang sering menyekat pandangan. Dengan konsep pameran ‘immersed’ ini, kewujudan pemisah di antara pelawat dan haiwan menjadi kurang ketara dengan penggunaan dinding kaca dan sempadan semula jadi seperti tali air dan tumbuh-tumbuhan yang diperkenalkan dalam reka bentuk landskap. Projek ini melibatkan kawasan-kawasan pameran untuk tapir, harimau, seladang dan rusa serta kawasan persekitaran Kompleks Pemuliharaan Panda Gergasi dan ruang terbuka yang lain di kawasan zoo berkenaan. Sekian, terima kasih. | Perkataan "immersed" dalam konteks ayat di atas dapat dipadankan sebagai terperinci. Walau bagaimanapun, kami tidak menyemak ayat tersebut secara keseluruhan. | Lain-lain | 11.03.2020 |
| tuan/puan/cik, Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut perkataan 'transportation' yang sesuai dengan ayat "Transportation into a narrative refers to the process by which an individual becomes immersed into a story, losing track of the real world as he or she experiences the unfolding events in the story (Gerrig, 1993; Green & Brock, 2000). Transportation is measured by asking viewers about the extent to which they forgot about their surroundings while viewing and felt present in the mediated environment they were viewing (Green & Brock, 2000)". Harap pihak DBP dapat membantu saya..Ini kerana makna sebenar 'pengangkutan' daripada transportation dilihat tidak sesuai dengan ayat tersebut. Terima kasih atas bantuan DBP. | Puan Suraini, Dalam konteks ini padanan yang sesuai bagi perkataan transportation ialah 'penghayatan', dalam erti kata yang lain pembaca atau penonton akan berasa seolah-olah mengalami peristiwa yang diceritakan. | Istilah | 29.06.2010 |