Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata immersion


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin meminta pendapat pakar bahasa di DBP mengenai terjemahan perkataan "immerse", "immersion", dan "immersive" dalam konteks teori pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dikenali sebagai "total immersion method". Dalam teori ini, sesi pengajaran sesebuah bahasa (biasanya bahasa asing) dilakukan sepenuhnya dalam bahasa target. Contohnya, pembelajaran bahasa Jepun diajar sepenuhnya dalam bahasa Jepun. Khidmat nasihat daripada pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Perkataan "immerse". "immersion" dan "immersive" mempunyai makna yang amat berbeza mengikut konteks yang tuan kemukakan.  Untuk frasa "total immersion method" mengikut konteks tuan, pihak kami mencadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "kaedah penyerapan penuh".   Makna03.09.2020
Bolehkah menggunakan perkataan Imersif bagi menggantikan Immersion? Ianya bagi tujuan penjenamaan semula nama program ke Bahasa MelayuBerdasarkan data daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, padanan bagi istilah immersive dalam bahasa Melayu ialah imersif, manakala padanan bagi istilah immersion dalam bahasa Melayu ialah rendaman. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Perkataan "imersif" tidak sesuai untuk dipadankan dengan istilah sumber "immersion" kerana kedua-dua perkataan ini membawa konsep dan konteks yang berbeza.Istilah03.11.2025
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Agitated Immersion Parts Washers 2. Inline Parts Washers 3. One Piece Flow Parts Washers (Bidang: Pembuatan/Pengilangan) Sekian, terima kasih.1. Agitated Immersion Parts Washers - Pencuci Bahagian Rendam Teraduk
2. Inline Parts Washers - Pencuci Bahagian Sebaris
3. One Piece Flow Parts Washers - Pencuci Bahagian Aliran Berterusan
Istilah05.04.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Agitated immersion parts washer 2.Inline parts washer 3. One piece flow parts washer 4. Precision parts washer Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Agitated immersion parts washer - Pencuci bahagian rendam teraduk
2. Inline parts washer - Pencuci bahagian sebaris
3. One piece flow parts washer - Pencuci bahagian aliran berterusan
4. Precision parts washer - Pencuci bahagian persis
Istilah11.04.2016

Kembali ke atas