Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "immersive" dalam konteks teknologi atau pembangunan perisian? Sebagai contoh, pengalaman "immersive" (immersive experience) boleh merujuk kepada pengalaman yang sangat mendalam dan melibatkan, seperti dalam permainan video atau realiti maya. Contoh lain, terdapat satu bidang baru yang dinamakan "immersive analytics" yang merujuk kepada penggunaan teknologi "immersive" seperti realiti maya dan realiti campuran (mixed reality) untuk menganalisis data. | Cadangan padanan bagi istilah immersive dalam bahasa Melayu ialah imersif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | Istilah | 03.02.2024 |
Terima kasih di atas penerangan yang telah diberikan. Namun, perkataan "Immersive" dalam penerangan produk saya ini adalah amat penting bagi membezakannya dengan produk simulator yang lain. Untuk pengetahuan, terdapat beberapa jenis simulator maya yang telah dicipta. Antaranya adalah simulator maya yang biasa di mana peserta hanya merasakan diri berada di dalam alam maya tetapi tidak boleh membuat pilihan apa yang boleh dilakukan atau dilihat semasa di dalam alam maya tersebut. "Immersive" dalam konteks ini, dalam bentuk yang lebih mendalam, membenarkan peserta membuat pilihan aksi atau pandangan yang mereka mahu. Seolah-olah mereka bebas beraksi di dalam dunia maya tanpa batasan. Oleh kerana itu, perkataan "Immersive" tersebut amat penting bagi membezakan produk baru kami ini dengan simulator maya biasa yang lain. Sekiranya kami ingin juga menekankan perkataan "Immersive" tersebut, bagaimanakah kaedah terbaik bagi kami meletakkanya di dalam dokumen atau penerangan produk? Bolehkah kami menggunakan perkataan pinjaman "Immersive" atau "Imersif" bagi tujuan tersebut? Sama seperti perkataan kondusif yang dipinjam bagi menggantikan pernggunaan perkataan "condusive". Terima kasih. | Berdasarkan penerangan teperinci yang tuan berikan mengenai konsep “immersive”, kami memahami terdapat perbezaan konsep antara simulator maya biasa dengan simulator yang tuan maksudkan. Memang benar, contoh pembentukkan perkataan kondusif dan eksklusif mewajarkan penggunaan “imersif” namun istilah ini belum ada lagi dalam pangkalan data DBP. Sehubungan itu, tuan boleh menggunakan perkataan “imersif” dalam dokumen dan penerangan produk sehingga ada istilah yang lebih tepat yang boleh menggantikan ‘imersif’. | Istilah | 07.05.2014 |
Saya ingin menterjemahkan "Immersive Virtual Simulator" ke dalam Bahasa Melayu. Minta khidmat nasihat bagi istilah yang paling sesuai. Terima kasih. | Terjemahan langsung bagi Immersive Virtual Simulator ialah “Simulator Maya Terendam”. Mohon tuan memberikan konteks penggunaan agar kami boleh mencadangkan istilah yang paling sesuai. | Istilah | 05.05.2014 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "immersive headset" iaitu sejenis set kepala yang direka khas bagi tujuan realiti maya. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: immersive headset - set kepala asyik Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Lain-lain | 04.11.2021 |
Boleh dapatkan maklumat maksud bagi istilah tersebut: 1. Hybridization 2. Tangible 3. Seamless integration 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization 6. Engaging 7. Connectivity 8. Immersive 1. Hybridization - gabungan elemen fizikal dan digital 2. Tangible - melibatkan objek nyata 3. Seamless integration - mengintegrasi persekitaran fizikal dan digital dengan lancar 4. Multisensori & Multimodal 5. Personalization & Customization - interaksi fizikal yang menggalakkan pengalaman bermain yang personalized. customization pula keupayaan untuk mengubasuai permainan 6. Engaging - engage dengan pengguna 7. Connectivity - keupayaan untuk berhubung dengan peranti 8. Immersive - pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi hybridization ialah penghibridan, tangible ialah ketara, seamless integration ialah integrasi selanjar, multisensory and multicapital ialah multideria dan multimodal, personalization and customization ialah personalisasi dan pelangganan, engaging ialah penglibatan, connectivity ialah keterhubungan, dan immersive ialah mengasyikkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.01.2024 |
Salam sejahtera. Saya ingin meminta pendapat pakar bahasa di DBP mengenai terjemahan perkataan "immerse", "immersion", dan "immersive" dalam konteks teori pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dikenali sebagai "total immersion method". Dalam teori ini, sesi pengajaran sesebuah bahasa (biasanya bahasa asing) dilakukan sepenuhnya dalam bahasa target. Contohnya, pembelajaran bahasa Jepun diajar sepenuhnya dalam bahasa Jepun. Khidmat nasihat daripada pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Perkataan "immerse". "immersion" dan "immersive" mempunyai makna yang amat berbeza mengikut konteks yang tuan kemukakan. Untuk frasa "total immersion method" mengikut konteks tuan, pihak kami mencadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "kaedah penyerapan penuh". | Makna | 03.09.2020 |
Salam sejahtera, Terima kasih di atas jawapan tersebut. Namun saya berpendapat bahawa terjemahan langsung tersebut tidak begitu sesuai dan agak lucu sekiranya digunakan bagi tatapan umum. “Immersive” dalam konteks di sini bermaksud Simulator Maya yang mampu "membawa peserta masuk” ke dalam alam maya. Puas sudah saya membuat rujukan dan rasanya belum ada perkataan Bahasa Melayu yang tepat. Mungkin kita perlu “meminjam” perkataan “imersif” bagi tujuan ini. Harap dapat dipanjangkan khidmat bantuan DBP. Terima kasih. | Setelah tuan menjelaskan konteks penggunaan, DBP mencadangkan padanan bagi Immersive Virtual Simulator ialah ‘Simulator Maya’. Dalam konsep peristilahan bahasa Melayu, kita tidak perlu memberikan padanan perkataan demi perkataan sekiranya makna dalam bahasa Melayu telah difahami. Dalam buku Kamus Dewan, perkataan ‘simulator’ diberikan makna sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (untuk tujuan kajian atau latihan). Jadi jika dibentuk istilah ‘Simulator Maya’ kita akan memahaminya sebagai sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan dalam alam maya atau dalam bahasa yang lebih mudah seolah-olah peserta berada dalam dalam maya. | Istilah | 05.05.2014 |