Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. of, rel to empire, empayar: ~ expansion, perluasan empayar; 2. of, rel to emperor, empress, maha-raja: The I~ Chinese Court, Istana Maharaja China; His I~ Majesty, Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja; 3. majestic, regal, [various translations]: they lived in ~ splendour on an island in the Mediterranean, mereka hidup penuh kegemilangan di sebuah pulau di Laut Mediterranean; anything he does, he does on an ~ scale, apa saja dilakukannya, pasti dilakukan secara besar-besaran; 4. (of weights and measures) fixed by law in the UK, [not translated]: I~ gallon, gelen. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imperial


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, Mengapakah kata dasar (contohnya: "imperial" & "humanis") tiada dalam PRPM sedangkan kata terbitan daripadanya ("imperialisme", "imperialistik", humanisme") ada dalam PRPM? Saya hanya namakan beberapa contoh sedangkan banyak lagi perkataan seumpamanya yg diserap daripada bahasa Inggeris tetapi kata dasarnya tiada dalam PRPM. Bolehkan tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Untuk makluman puan, kemasukan kata-kata ini diserap dalam bahasa Melayu melalui bidang peristilahan dan juga terjemahan dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan. Oleh itu, kemasukan kata ini dalam bahasa Melayu mengikut keperluannya. Ada juga sebahagian daripada kata serapan berkenaan telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan kata terbitannya terbentuk daripada akar kata tersebut. Contohnya humanisme, akar katanya human diterjemahkan kepada manusia, maka terhasillah memanusiakan dan kemanusiaan. Namun begitu, melalui perkembangan bahasa khususnya keperluan dalam bidang peristilahan, kata humanisme kini telah diterima pakai. Istilah11.12.2020
Salam sejahtera kepada pihak pentadbir DBP. Saya ingin dapatkan penterjemahan yang sesuai bagi kata "attended". Berikut contoh ayatnya: "In their rejection of the Enlightenment and the imperial ambitions of French under Napoleon, they helped shape the growing German nationalism and its attended occult-based theories of race which exploded with catastrophic consequences under the Nazis in the twentieth century."Dalam data kami padanan bahasa Melayu bagi perkataan attended ialah berkendali. Oleh itu, perkataan tersebut boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan.Lain-lain10.12.2020
perkataan yang digunakan sebelum penggunaan sistem metrik dan istilah serta takrifan bagi sistem yang digunakan sebelum

Sistem yang digunakan sebelum sistem metrik ialah sistem ukuran imperial seperti inci, kaki, ela dan sebagainya.

Lain-lain15.03.2010
Assalamualaikum dan Salam Hormat, Saya merujuk email terdahulu berkaitan istilah ‘inter-empire trade’. Secara ringkasnya ‘inter-empire trade’ merujuk kepada jaringan perdagangan dalam kalangan tanah jajahan dalam empayar (dalam kes ini merujuk kepada empayar British). Saya petik daripada dokumen Persidangan Imperial British pada tahun 1920-an, “Canada is a great exporter to South Africa, and I hope it may be possible, not only with regard to Canada but also with regard to Australia and New Zealand and other portions of the Empire, to make arrangements which will be mutually beneficial and helpful in fostering inter-Empire trade.” Sekian, terima kasih.Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perdagangan antara empayar.Istilah15.02.2017
Apakah padanan nama2 burung berikut sesuai digunakan? 1. Pigeon - burung merpati 2. Dove - burung dara 3. Wood dove - burung dara kayu 4. Quail dove - burung dara puyuh 5. Ground dove - burung dara tanah/delimukan 6. Ground pigeon - burung delimukan puyuh 7. Pheasant dove - burung delimukan dewata (terdapat di Indonesia) 8. Bronzewing pigeon - burung limbuk/limbukan 9. Imperial pigeon - burung pergam 10. Green pigeon - burung punai 11. Fruit dove - burung punai buah 12. Emerald pigeon - burung punai tanah 13. Zebra dove - burung merbuk aman 14. Collared dove/Turtle dove - burung merbuk balam/tekukur 15. Cuckoo dove - burung tekukur api 16. Rock pigeon - burung merpati batu 16. Passenger pigeon - burung merpati penumpangUntuk makluman tuan/puan, penamaan spesies burung belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain25.11.2024
Salam sejahtera kepada pihak pentadbir DBP. Saya ingin memohon cadangan terjemahan untuk ayat berikut kepada bahasa Melayu yang betul. Sungguhpun saya difahamkan bahawa pihak pentadbir tidak menyediakan khidmat penterjamahan, namun begitu, besar hati saya sekiranya pihak tuan pentadbir dapat memberikan sedikit bantuan kepada pihak saya berkenaan isu ini: "In their rejection of the Enlightenment and the imperial ambitions of French under Napoleon, they helped shape the growing German nationalism and its attended occult-based theories of race which exploded with catastrophic consequences under the Nazis in the twentieth century."Pihak DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Walau bagaimanapun, kami boleh membantu pihak tuan untuk menyemak hasil terjemahan. Oleh itu, ayat tersebut hendaklah diterjemahkan terlebih dahulu.Lain-lain03.12.2020

Kembali ke atas