Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pé.ria.lis.me] | ايمڤيرياليسمى

Definisi : (impérialisme) dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.pé.ria.lis.me] | ايمڤيرياليسمى

Definisi : /impérialisme/ fahaman politik yg bertujuan menjajah negara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imperialisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'constructive imperialism' ? Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu yang paling hampir ialah imperialisme konstruktif atau imperialisme membina.Lain-lain10.12.2020
Selamat pagi, Mengapakah kata dasar (contohnya: "imperial" & "humanis") tiada dalam PRPM sedangkan kata terbitan daripadanya ("imperialisme", "imperialistik", humanisme") ada dalam PRPM? Saya hanya namakan beberapa contoh sedangkan banyak lagi perkataan seumpamanya yg diserap daripada bahasa Inggeris tetapi kata dasarnya tiada dalam PRPM. Bolehkan tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Untuk makluman puan, kemasukan kata-kata ini diserap dalam bahasa Melayu melalui bidang peristilahan dan juga terjemahan dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan. Oleh itu, kemasukan kata ini dalam bahasa Melayu mengikut keperluannya. Ada juga sebahagian daripada kata serapan berkenaan telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan kata terbitannya terbentuk daripada akar kata tersebut. Contohnya humanisme, akar katanya human diterjemahkan kepada manusia, maka terhasillah memanusiakan dan kemanusiaan. Namun begitu, melalui perkembangan bahasa khususnya keperluan dalam bidang peristilahan, kata humanisme kini telah diterima pakai. Istilah11.12.2020

Kembali ke atas