Adakah ayat ini salah? : Impiannya untuk melancong ke Eropah tidak kesampaian kerana kesempitan wang. | Ayat ini betul | Tatabahasa | 15.07.2011 |
Apakah perbezaan antara impian dengan cita-cita? Adakah dua perkataan tersebut sama maksud? Jika tajuk 'Impian Saya', murid menulis impiannya menjadi pemain bola sepak. Adakah itu betul?Adakah jawapan tersebut tergolong dalam 'cita-cita' atau 'impian'? | Perbezaan antara impian dan cita-cita: Impian bermaksud sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan atau angan-angan. Cita-cita bermaksud: 1. Harapan, hasrat, keinginan (yang kuat). Contoh: Cita-citanya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak. 2. Maksud, tujuan yang hendak dilaksanakan. Contoh: Aku rintang pekerjaannya itu dgn cita-cita yang luhur. Jika dilihat maksud bagi kedua-dua perkataan itu, tajuk yang lebih sesuai ialah Cita-cita Saya bagi merujuk keinginan untuk menjadi pemain bola sepak. | Istilah | 30.07.2015 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan sengkang em (em dash) dan sengkang en(en dash)? Mohon penjelasan lanjut dari pihak tuan/puan. Terima kasih. | Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi: 1. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat: Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri. 2. Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan. Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung. 3. Menggantikan perkataan "hingga" Jun - Oktober Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980 Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk : 1. Menegaskan ejaan sesuatu perkataan k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g 2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancer. "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup. 3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi. 03-2481011 3016280-07-1 4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Indo-Belanda anglo-China 5. Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas. anti-Rusia 6. Menunjukkan kata ganda. beribu-ribu guru-guru anak-anak kecil 7. Pelbagai fungsi. Ulang tahun ke-25 Tahun 60-an | Lain-lain | 11.06.2015 |
1) Terangkan dengan lebih terperinci penggunaan perkataan sengkang. 2) Adakah penggunaan perkaatan sengkang yang mewakili (-) masih diguna pakai pada masa kini? 3) Maksud dash (-) dalam Basa Melayu. | 1) 1) Penggunaan tanda sengkang adalah seperti yang berikut: i. Kata ulang (contoh: anak-anak). ii. Menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris. iii.Memperjelaskan ungkapan (contoh: k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g). iv.Merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil (contoh: hamba-Mu, pro-Malaysia). v. Merangkaikan “ke” dengan angka (contoh: ke-25). vi.Hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah (contoh: alat pandang dengar). Tanda sengkang yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea (contoh: Segala impiannya – harta dan pangkat musnah akibat perbuatannya sendiri) atau menggantikan perkataan hingga, seperti Jun – September. 2) Tanda sengkang masih diguna pakai sehingga kini. 3) Maksud dash (-) dalam Bahasa Melayu ialah sengkang atau sempang. Sengkang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang. 3) | Lain-lain | 06.05.2020 |
Salam. Soalan saya tentang standard penulisan buku untuk tujuan terbuka di pasaran. 1. Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space? satu atau dua? Jika dua kali space ia mengikut gaya penulisan mana ya? 2. selepas () buka dan tutup kurungan perlu space atau tidak 3. Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut.. 4. ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak.. 5. Terima kasih | 1. Dalam perenggan penulisan, selepas nokhtah. Perlukan berapa kali space? Perlu satu ruang (space). Contohnya, Sikap remaja yang mementingkan keseronokan sehingga mengabaikan arahan ibu bapa ditegur oleh Nur Munirah Zaid dalam cerpen “Serba Salah”. Selepas berlaku kejadian yang tidak xxxxx 2. Selepas buka dan tutup kurungan () perlu space atau tidak? Perlu satu ruang, Contoh (sijil) jarakkan satu ruang kata “Pengorbanan” karya Nik Aifatiyah Nik Mustapha (Aifatiyah Mustapha) mengisahkan seorang remaja lelaki xxxxx 3. Penggunaan em dash dan en dash di mana saya boleh dapatkan penjelasan lanjut.. Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi: 1. Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat: Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri. 2. Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan. Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua Kampung. 3. Menggantikan perkataan "hingga" Jun - Oktober Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980 Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk: 1. Menegaskan ejaan sesuatu perkataan k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g 2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar. "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup. 3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi. 03-2481011 3016280-07-1 4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Indo-Belanda anglo-China 5. Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas. anti-Rusia 6. Menunjukkan kata ganda. beribu-ribu guru-guru anak-anak kecil 7. Pelbagai fungsi. Ulang tahun ke-25 4. ".." selepas pembuka kata dan penutup kata perlu space atau tidak.. Perlu satu ruang (space). Contohnya, “Permata Zamrud Ibu” oleh Noor Haklimaa Ahmad Zikri pula mengisahkan ketabahan seorang ibu | Lain-lain | 10.06.2017 |