Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 3. indistinct, imprecise idea or opinion, tanggapan: it was my ~ that he was not too een on buying the house, saya mempunyai tanggapan bahawa dia tdk begitu bersungguh-sungguh utk membeli rumah itu; have an ~, rasa, mempunyai tanggapan: I had an ~ that so. was in the room, saya rasa ada orang dlm bilik itu; be under the ~, bertanggapan, mempunyai tanggapan: they were under the ~ that the road led to the city, mereka bertanggapan bahawa jalan itu menuju ke bandar; 4. favourable, remarkable effect, [membuat sso mempunyai] tanggapan yg baik: he made an ~ on his future employers, dia membuat bakal majikannya mempunyai tanggapan yg baik terhadapnya; 5. (dentistry) impresi: ~ compound, kompaun impresi; 6. (printing) a. number of copies printed at one time, teraan; b. unaltered reprint, cetakan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. (by an effort or activity), [various translations]: his day’s work had made little ~ on the piles of papers he had to get through, sehari suntuk dia bekerja tetapi cuma sedikit sahaja yg dapat diselesaikannya drpd kerja yg bertimbun-timbun itu; you’d need to scrub and scrape before you made any ~ on that dirt, kamu terpaksa memberus dan menyental sebelum kamu dapat menghilangkan kotoran itu; 2. mark, imprint made by pressing, kesan, bekas: the ~ of his feet in the sand, kesan tapak kakinya di pasir; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. effect produced, a. (on mind, feelings) tanggapan: he gave the ~ that he was genuinely concerned, dia memberikan tanggapan bahawa dia betul-betul mengambil berat; many people believe that first ~s are important and lasting, ramai orang percaya bahawa tanggapan pertama adalah penting dan kekal; the speaker made a great ~ on the audience, penceramah itu memberikan tanggapan yg hebat pd para penonton or membuat para penonton mempunyai tanggapan yg hebat terhadapnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata impression


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
digital impression, ridership & viewership in Malay?Sila berikan konteks penggunaan perkataan dan ayat untuk diberikan padanan bahasa Melayu.Makna04.05.2020
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Machined Impression Die Forging'?Padanan yang dicadangkan ialah tempaan acuan teraan mesin.Istilah19.01.2016
maksud impresi mengikut kamus dewan? apakah impresi awal? saya belajar mengenai bidang psikologiMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan impresi. Impresi diambil daripada perkataan bahasa Inggeris Impression, bermaksud tanggapan. Impresi awal pula ialah tanggapan awal.Makna19.01.2010
Tuan apakah cara mendapat perkataan yang baharu seperti cara yang digunakan oleh para sasterawan untuk menemukan perkataan baharu..saya dah lihat beberapa karya sasterawan semuanya ada kosa kata serta diksi yang tepat.adakah mereka merujuk kamus? Soalan yang kedua..... saya mahu bertanya kosa kata ilmu yang tidak terdapat di mana-mana karya sasterawan. Soalan yang ketiga Adakah penggunaan ayat ini gramatis. 1.Golongan belia pada abad ke-21 ini,patut seimbang bukan sahaja dalam pendidikan malah dalam semua kegiatan yang menjadikan mereka berharga.Rancangan ini pasti dilakukan oleh mereka sebelum mereka melepaskan usia muda. 2.Amalan membaca membawa seribu satu kepentingan.Antaranya,mencanai pelajar berupaya menulis esei yang gramatis.Melalui amalan ini,mereka mendapat pendapat yang logik,tepat dan sesuai.Agar mereka kurang membuat kesalahan bahasa dari segi tatabahasa,ayat,imbuhan,peribahasa,ejaan dan istilah.Contohnya,buku-buku yang berbentuk fiksyen,novel dan contoh karya satirawan dapat membantu menambah kosa kata.Hasilnya.pelajar dapat memperkaya bahasa.Pada masa yang sama,pelajar yang kaya dengan kosa kata mengaplikasikan kosa kata tersebut pada permulaan ayatnya jikalau pemeriksa kertas dapat menyemai perasaan ghairah dan juga pelajar tersebut menghasilkan 'first impression'pada muka pemeriksa tentu mereka memperoleh markah yang terbaik.Tuan/puan dinasihati membuat penyelidikan tentang perkara melalui pembacaan atau rujukan dalam makalah yang diterbitkan dalam akhbar atau majalah tempatan, atau kertas-kertas kerja atau penulisan ilmiah di perpustakaan ipta/s atau Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, DBP.   

Penggunaan ayat yang gramatis.

1. Gaya hidup golongan belia pada abad ke-21 ini haruslah seimbang,  bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah dalam semua bidang yang menjadikan mereka lebih bernilai. Perkara ini harus dilakukan sebelum melangkau usia muda.

2. Amalan membaca membawa banyak kelebihan. Antaranya termasuklah pelajar berupaya menulis esei dengan gramatis. Melalui amalan ini, mereka akan mempunyai idea yang logik, tepat dan sesuai dan dapat mengurangkan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, ayat, imbuhan, peribahasa, ejaan dan istilah. Contohnya, buku-buku yang berbentuk fiksyen, novel dan contoh karya sasterawan dapat membantu menambah kosa kata. Hasilnya, pelajar dapat memperkaya kosa kata dan meningkatkan penggunaan bahasa yang betul. Pada masa yang sama, pelajar yang kaya dengan kosa kata dapat mengaplikasikan kosa kata tersebut dalam penulisan yang akan memberi kesan kepada pemeriksa kertas dan pelajar tersebut memperoleh markah yang baik.
Lain-lain21.06.2018

Kembali ke atas