Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.puls] | ايمڤولس

Definisi : 1. perasaan ingin melakukan sesuatu secara tiba-tiba (tanpa memikirkan padahnya), dorongan perasaan yg mendadak; 2. (Bio) gelombang elektrik yg bergerak melalui gentian saraf (apabila saraf terangsang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.puls] | ايمڤولس

Definisi : ist utusan atau isyarat berbentuk gelombang elektrik yg bergerak melalui gentian saraf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata impuls


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Isi air ke dalam botol plastik.

2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya.

3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain.

4. Langkah-langkah penjimatan air

5. Menjalani kehidupan harian

6. Menghidap selesema

7. Apakah Jisim?  

8. Pentafsiran impuls oleh otak kita

Tatabahasa07.11.2011

Kembali ke atas