Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
inap
Kata Terbitan : menginap, penginapan, penginap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, apakah istilah BM yang sesuai untuk homestay?inap desa@ rumah inap desa @ pelancongan desa? Ayat yang ingin saya buat ialah 'Mereka menginap di (homestay)'. Terima kasih.Padanan bagi homestay ialah inap desa.Tatabahasa18.01.2013
perbezaan pengertian inap desa dan juga homestay?Padanan homestay dalam bahasa Melayu ialah inap desa.Tatabahasa21.11.2011
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelanconganDalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. Istilah08.02.2012
saya masih terkeliru dengan hukum D-M 1. Alat penghawa dingin 2. urus tadbir 3. inap desa 4. pertanian adalah peniagaan1. Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa (istilah lama). 2. Tadbir Urus. 3. Inap Desa. 4. Pertanian ialah perniagaan. Ejaan10.05.2015
Mengikut Hukum D-M mana satu yang betul desa inap, penghawa dingin atau temu janji

Frasa yang betul ialah inap desa, penyaman udara/pendingin hawa, janji temu.

Istilah03.04.2010
istilah "homestay"Padanan homestay dalam bahasa Melayu ialah Inap Desa.Istilah23.02.2011
Apakah terjemahan bagi "Homestay"?Padanan "homestay" dalam bahasa Melayu ialah inap desa.Istilah07.01.2025
Assalamualaikum, Bolehkah saya menterjemahkan perkataan homestay kepada percutian desa? Terima kasih atas bantuan tuan/puan.Inap desa.Istilah02.12.2009
Perkataan homestay sudah lama digunakan dalam bahasa. Adakah istilah ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau kita menggunakan istilah homestay sahaja. Harap dapat maklum balasa. Terima kasih Dr S. nathesanHomestay tidak diterima sebagai istilah bahasa Melayu kerana padanannya ialah inap desa atau pelancongan desa.Istilah18.06.2012
Bolehkah saya terjemahkan "homestay" yang merujuk kepada rumah sewa/tumpangan untuk beberapa hari sebagai "rumah inap". Manakala, jika ia merujuk pada program pelancongan yang mempunyai atur cara tertentu di sesebuah perkampungan tertentu; dan pengunjung menetap di rumah penduduk di perkampungan tersebut, terjemahannya ialah "(program) inap desa"?Penggunaan istilah rumah inap untuk istilah Inggeris, homestay boleh digunakan dalam konteks ini.Istilah02.11.2022

Kembali ke atas