Salam, saya ingin mencari terjemahan paling sesuai untuk: 1) Social Inclusion 2) Social Inclusion Commission Terima kasih | Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu untuk "social inclusion" dan "social inclusion commission". Sila berikan konsep istilah tersebut supaya kami dapat memberikan cadangan yang sesuai. | Istilah | 10.08.2012 |
Mohon bantuan untuk mendapatkan terjemahan bagi istilah "index for inclusion". Konsep "inclusion" berkaitan Program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. MBPK terdiri daripada 6 kategori iaitu: i) Ketidakupayaan penglihatan ii) ketidakupayaan pendengaran iii) ketidakupayaan fizikal iv) ketidakupayaan pendengaran v) masalah pembelajaran vi) ketidakupyaan pelbagai Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah index for inclusion ialah indeks untuk rangkuman. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2024 |
Mohon bantuan mengenai terjemahan perkataan untuk konsep "social inclusion". Konsep ini bermaksud memastikan semua ahli masyarakat tidak tertinggal/terkesamping dari aspek ekonomi, sosial, politik, dan sebagainya. Ia adalah satu konsep kebajikan. Lawan kepada perkataan "Social exclusion". Terima kasih. | "Inclusion" dapat diterjemakan sebagai "rangkuman". Namun begitu, dalam konteks maksud yang Saudara berikan dan dalam bidang ekonomi pembangunan, "social inclusion" boleh diterjemahkan sebagai "penyertaan sosial". | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2014 |
Salam, Apa istilah sesuai untuk 'financial inclusion product' dalam BM? Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Financial_inclusion Terima kasih. | Cadangan kami bagi istilah “financial inclusion product” ialah produk rangkuman kewangan. | Istilah | 08.10.2019 |
Soalan : Apakah terjemahan terbaik ke bahasa Melayu untuk "Inspire Inclusion" adalah "Inspirasikan Keterangkuman". Adakah ini tepat dan betul dengan tatabahasa? https://www.internationalwomensday.com/Theme | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah Inspire Inclusion ialah Rangkuman Inspirasi. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.11.2023 |
Apakah terjemahan terbaik ke bahasa Melayu untuk "Inspire Inclusion" https://www.internationalwomensday.com/Theme | Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan yang sesuai. Untuk mendapatkan padanan perkataan,carian boleh dibuat melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my.
| Makna | 08.11.2023 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai istilah Bahasa Melayu bagi terma-terma ini: 'financial inclusion' , 'accessible', 'marketplace'. Terima kasih. | Sila beri contoh dalam ayat penuh supaya pihak kami dapat memberi terjemahan yang tepat. | Makna | 27.03.2019 |
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah undang-undang "inherent defects". Contoh perenggan : In addition to the above non-compliance of the provisions of law the SOC contains inherent defects which includes inclusion of facts not relevant to the Plaintiff’s claim as well mentions of 3rd parties who are not even party to this suit. | Cadangan padanan bagi istilah inherent defects dalam bahasa Melayu ialah kecacatan sedia ada. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang undang-undang. | Istilah | 07.03.2024 |
Mohon pandangan berkaitan terjemahan yang telah saya buat, adakah ia menepati dalam konteks pendidikan. 5 ISTE STANDARD FOR EDUCATION LEADER (5 Standard ISTE untuk Pemimpin Pendidikan) 1. Equity and Citizenship Advocate = sokongan ekuiti dan warga digital Leaders use technology to increase equity, inclusion, and digital citizenship practices. 2. Visionary Planner = perancang berwawasan Leaders engage others in establishing a vision, strategic plan and ongoing evaluation cycle for transforming learning with technology. 3. Empowering Leader = kepimpinan memperkasa Leaders create a culture where teachers and learners are empowered to use technology in innovative ways to enrich teaching and learning. 4. Systems Designer = merekabentuk sistem penambahbaikan Leaders build teams and systems to implement, sustain and continually improve the use of technology to support learning. 5. Connected Learner = model pembelajaran Leaders model and promote continuous professional learning for themselves and others | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Equity and Citizenship Advocate = Penyokong Ekuiti dan Kewarganegaraan atau Pendukung Keadilan Kerakyatan 2. Visionary Planner = Perancang Berwawasan 3. Empowering Leader = Pemimpin Pemerkasaan 4. Systems Designer = Pereka Bentuk Sistem 5. Connected Learner = Pelajar Terhubung atau Pelajar Berkait/Terkait Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 04.06.2021 |