Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.cut] | اينچوت

Definisi : tempang, tidak lurus, bengkok: sangkar burung itu ~ kerana tiangnya pendek satu; incang-~ bengkang-bengkok; terincut-incut berjalan tempang (kerana sakit tapak kaki atau kaki pendek sebelah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.cut] | اينچوت

Definisi : tidak lurus betul; bengkok; tempang. terincut-incut berjalan tempang kerana sakit kaki dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
incut
Rujuk :tempang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih.1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit.
2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing.
3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga
4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan.
5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu.
Tatabahasa22.03.2012
apakah maksud pincangan?Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela.Makna01.02.2013

Kembali ke atas