Kata ganti/terjemahan bagi perkataan 'indicator' yang digunakan dalam konteks 'economic indicator'. Apakah kata ganti/terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu? Pihak kami menggunakan perkataan 'petunjuk' sebagai terjemahan. Tetapi apabila dirujuk dalam kamus BM-BI DBP, ia menngunakan 'penunjuk'. Mohon pengesahan tentang kemusykilan ini. Terima kasih. | Berdasarkan buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, istilah bahasa Melayu untuk "economic indicator" ialah penunjuk ekonomi. | Istilah | 29.01.2016 |
Salam satu Malaysia, Apakah perbezaan perkataan "petunjuk" dan "penunjuk"? Kedua-duanya merupakan terjemahan bagi "Indicator" namun saya kurang pasti penggunaan perkataan mana yang betul. Harap pihak DBP dapat memberikan sedikit penerangan mengenai perkataan berkenaan. Terima kasih. | “Indicator” diberikan padanan “penunjuk” dalam bahasa Melayu, iaitu dalam konteks sesuatu yang digunakan sebagai panduan (untuk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan. | Istilah | 14.01.2015 |
(1) Mohon penjelasan rasional mengapa perkataan "diperoleh" tanpa "i" sedangkan perkatan "dimilki", "didapati" dibolehkan penggunaannya. (2) Lagi satu perkataan "indicator" dalam bahasa inggeris akan diterjemahkan sebagai "penunjuk" atau "petunjuk". Saya telah merujuk kepada Kamus DBP Ed.4 tetapi masih mengelirukan. Adakah wajar untuk saya menggunakan perkataan "indikator"... (3) Adakah boleh singkatan perkataan "julai" dibuat sebagai "Jul"...adakah dibenarkan penggunaanya... Terima kasih atas penjelasan. K/sama tuan amat dihargai demi menambah pengetahun di samping memartabatkan bahasa..TK | 1. Kata dasar oleh menghasilkan kata terbitan lain seperti diperoleh dan memperoleh, manakala kata terbitan dimiliki dan didapati seperti contoh yang diberi ialah bentuk transitif bagi kata milik dan dapat. 2. Padanan/istilah indicator dalam bahasa Melayu ialah penunjuk (petunjuk dan indikator ialah istilah lama). 3. Untuk singkatan kata Julai saudara perlu menulis seperti Jul. (dengan noktah). Untuk menulis sesuatu singkatan apa yang penting kata tersebut boleh difahami oleh pembaca. | Tatabahasa | 07.07.2009 |
Tuan, apakah terjemahan yang paling tepat untuk istilah berikut: (i) Average variance extracted, (ii) indicator loading, (iii) cross loading, (iv) squared loading, (v) variance inflation factor. Terima kasih. | Mohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan. Sila hubungi ITBM-Institut Terjemahan dan Buku Negara, 03-41451800 atau Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506 | Penyemakan dan penterjemahan | 25.09.2014 |
Selamat sejahtera. Saya nak tanya, adakah ada perkataan lain yang digunakan untuk perkataan 'leading' yang digunakan dalam tipografi? | Leading dalam banyak bidang diterjemahkan kepada utama, seperti leading indicator - petunjuk utama (ekonomi), leading sector - sector utama (geografi) dan leading question - soalan pimpinan (pendidikan). Untuk maklumat lanjut sila rujuk http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/SoalJawab/nb_jawab_soalan_pelanggan.aspx?ID=46144. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2017 |
Apakah perkataan yang tepat ejaannya dan maknanya bagi perkataan berikut? 1. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia 2. Indikator atau kata kunci ? 3. Tauladan atau teladan | Kedua-duanya betul, Bahasa Melayu untuk mata pelajaran di sekolah dan bahasa Melayu merujuk Malay language. Menurut arahan kabinet istilah bahasa Melayu hendaklah digantikan dengan istilah bahasa Malaysia. 2. Indicator ialah petunjuk. 3. Teladan yang bermakna perbuatan dll yg patut diikut, contoh. | Lain-lain | 16.04.2009 |
salam. apakah terjemahan yang sesuai utk terma-terma berikut: 1. trait personality 2. neuroticism 3. extraversion 4.conscientiousness 5. opennes to experience 6. agreeableness. 7. learning experience 8. conformity to gender role norms 9. sensing 10. intuition 11.mastery experience 12. vicarious experience 13. social persuasions 14. physiological states 15. outcome expectation 16. body of knowledge 17. type indicator terima kasih. t.kasih. | Dalam bidang perubatan paranoid personality trait diterjemahkan kepada trait personality paranoid, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=trait+personality+ untuk maklumat lanjut, neuroticism diterjemahkan kepada neurotisisme, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=neuroticism dan extraversion diterjemahkan kepada ekstraversi, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=extraversion. Untuk nombor 4 hingga 17, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah. Soalan yang tidak ada dalam pangkalan data kami bolehlah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat Bahasa dan jelas kan konsep perkataan tersebut untuk kami cadangkan padanan yang sesuai. | Tatabahasa | 27.06.2013 |
Assalamualaikum wbt. Saya memerlukan khidmat nasihat bahasa bagi penggunaan istilah yang betul bagi penulisan tesis saya. Saya lampirkan di "fail lampiran" senarai istilah yang memerlukan semakan dari pihak DBP. Jasa baik dan kerjasama pihak DBP saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Salam sejahtera, Semua istilah yang diberi betul kecuali yang dibawah ini: 1. Partial Least Square-Structural Equation Modeling terjemah kepada Model persamaan berstruktur-kuasa dua terkecil separa 2. Exogenus variable kepada Pemboleh ubah eksogenus 3. Endogenous variable kepada Pemboleh ubah endogen 4. Predictive accuracy kepada Ketepatan ramalan 5. Predictive relevant kepada Kerelevanan ramalan 6. Indicator kepada penunjuk Sekian, terima kasih. | Istilah | 20.10.2017 |
Assalamualaikum tuan/puan, Izinkan saya bertanya, menurut cakupan skrin seperti dlampirkan dibawah. Adakah outcome telah masuk dan diiktiraf sebagai isitilah dalam Bahasa Melayu? Setelah membuat carian di laman web DBP. Carian saya hanya berjaya mendapatkan definisi daripada kamus inggeris-melayu. Jika tiada di dalam istilah BM. Maka apa perkataan yang sesuai digunakan sebagai ganti outcome? Bantuan tuan/puan amat saya hargai. | Waalaikumsalam, menurut Kamus Melayu- Inggeris DBP, perkataan outcome bermaksud hasil: Contoh ayat; whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan outcome belum diiktiraf sebagai istilah dalam bahasa Melayu dan perkataan ini diberikan padanan maksud mengikut bidang seperti contoh yang berikut: outcome indicator- penunjuk hasil-bidang sains politik; outcome standard- piawai dapatan- bidang pendidikan; outcome evaluation-penilaian hasil- bidang pendidikan. Selain itu, perkataan outcome juga boleh bermaksud akibat. sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah. | Istilah | 04.04.2018 |