Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.di.vi.du] | اينديۏيدو

Definisi : orang perseorangan, manusia seorang diri, terutamanya apabila dianggap sbg berbeza drpd yg lain: tidak dapat kita nafikan betapa besar pengaruh buku ke atas seseorang ~; keindividuan sifat yg membezakan seseorang drpd yg lain: ia tidak membenarkan anggota-anggota masyarakat menonjolkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.di.vi.du] | اينديۏيدو

Definisi : orang perseorangan; orang seorang diri: Setiap ~ berhak menyuarakan pendapatnya selagi tidak menyinggung peribadi orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
individu
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :orang, perseorangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Siapakah individu-individu, kumpulan, organisasi utama yang menyuarakan pendapat mereka tentang masalah kesalahan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan?Semua rakyat boleh bersuara untuk menyuarakan pendapat tentang masalah penggunaan bahasa di tempat awam tetapi hendaklah melalui saluran yang betul. Masalah penggunaan bahasa tersebut boleh dimajukan terus kepada pihak berkuasa tempatan dan juga kepada Bahagian Dasar Bahasa, DBP yang menyediakan khidmat pemantauan bahasa pada papan tanda dan media massa. Tatabahasa04.09.2009
Salam sejahtera.. Kebelakangan ini sering kali terdengar pengucapan oleh individu-individu tertentu termasuk pemimpin yang menggunakan perkataan "mereka-mereka". Apakah tindakan DBP supaya perkara ini dapat dibetulkan terutama kepada pihak atasan supaya menggunakan bahasa dengan lebih baik lagi.

Encik Mohd Fadhil terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penggunaan mereka-mereka sepatutnya tidak lagi berlaku kesalahan, kerana mereka telah membawa makna banyak atau ramai. Kesalahan seperti ini biasanya pihak Dewan Bahasa akan menulis terus kepada pengguna dan menerangkan apakah kesalahan yang telah dilakukan dan kita meminta supaya pada masa akan datang kesalahan ini tidak berulang lagi.

 

Tatabahasa11.11.2009
SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI BAHASA MELAYU. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KOMUNIKASI DAN PERANANNYA. SATU LAGI,APAKAH MAKSUD KOMUNIKASI INTERPERSONAL DAN INTRAPESONAL?Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu), atau antara maknusia, manakala komunikasi intrapersonal ialah kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain08.01.2009
apakah fungsi bahasa melayu dan komunikasi interpersonal..

Saudara Ismah,

Fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa perpaduan. Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih daripada seorang individu), atau antara manusia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain14.04.2010
INDIVIDU SEIMBANG (JERI)Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan saudara bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.  Lain-lain21.08.2010
apakah pengertian bahasa?Menurut Kamus Dewan bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): cth, bahasa Melayu, bahasa Tagalog.Makna06.08.2007
apakah yang dimaksudkan dengan `bunyi bahasa' ?Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb. Bahasa juga dikaitkan dengan percakapan yg baik, tingkah laku yg baik atau sopan santun. Bunyi bahasa pula kebiasaannya dikaitkan dengan bidang fonologi. Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Katalog Awam Dalam Talian DBP dan bahan carian dapat diperoleh melalui hasil carian tersebut.Tatabahasa23.07.2007
apa itu bahasaMenurut Kamus Dewan, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain. Bagi membantu dan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bahasa, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima Kasih kerana menggunakann Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Makna20.12.2006
Apakah Definisi Bahasa Melayu Kontekstual?Bahasa Melayu kontekstual adalah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb atau  percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun) T.kasihMakna27.08.2008
apakah perbezaan perkataan KAMI dan KITA? bila melibatkan semua org termasuk individu yg bercakap dan individu yg mendengar org yg bercakap itu td..perkataan mana yg patut digunakan..?boleh berikan saya contoh ayat untuk membezakan penggunaan dua perkataan tersebut..?

“Kami“ dan “kita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar.

Contoh ayat:

1. Kita harus membantu orang yang susah. (mengajak pendengar itu ikut serta)

2. Kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. (hanya melibatkan kumpulan/kelompok itu sahaja, bukan pendengar yang lain)  

 

Istilah12.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas