Manakah yang betul penggunaan pada Papan Kenyataan?; 1. Sudut Induk EKSA 2. Sudut EKSA Induk Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian dan keadaan. Sudut Induk EKSA merujuk kepada sudut yang induk manakala Sudut EKSA Induk pula merujuk kepada sudut eksa yang induk. | Makna | 27.06.2019 |
apakah maksud induk? | Induk bermasud ibu, emak, yang utama dan yang besar. | Makna | 21.12.2012 |
Salam, Boleh berikan terjemahan yg paling sesuai bagi " master list of material: 1- senarai bahan induk atau 2-senarai induk bahan Terima kasih | Cadangan kami master list of material diterjemahkan kepada senarai bahan induk. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2020 |
Apakah perbezaan jawatankuasa induk dengan jawatankuasa kerja ? Sila berikan contoh yang sesuai. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan jawatankuasa induk ialah jawatankuasa utama yang dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil. Jawatankuasa kerja pula merujuk kepada jawatankuasa yang berada dibawah jawatankuasa induk dan ia boleh dibentuk untuk membantu tugas-tugas sesebuah organisasi.
| Lain-lain | 02.09.2015 |
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Compressed Natural Gas Mother Station 1. Stesen Induk Gas Asli Termampat 2. Stesen Utama Gas Asli Termampat 3. Stesen Induk Gas Asli Mampat 4. Stesen Utama Gas Asli Mampat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, Ikhwan | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Stesen Induk Gas Asli Termampat. | Istilah | 18.05.2016 |
Bagaimana kita mahu membezakan bahasa melayu dan bahasa indonesia? | Secara genealogi, bahasa Melayu ialah bahasa "induk" kepada bangsa Indonesia dan bangsa Malaysia, bahasa rumpun Austronesia. Sebagai milik masyarakat, bahasa Melayu induk ini kian berkembang dalam kalangan masyarakat kedua-dua negara yang berjiran ini, sesuai dengan konteks budaya masyarakatnya. Maka tidak hairan jika kedua-dua bahasa itu setakat hari ini menghala ke arah yang berbeza. Secara umumnya, perkembangan leksikologi Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu di Malaysia memperlihatkan perkembangan leksikologi; ada aspek yang menunjukkan persamaan dan ada yang menunjukkan perbezaan dalam perbendaharaan katanya. Persamaan terjadi kerana kedua-dua bahasa itu secara genealogi adalah berasal daripada induk yang sama, sedangkan perbezaan itu terjadi kerana kedua-duanya secara geografi berada dalam lingkungan budaya yang berbeza, dan secara reseptif menerima pengaruh daripada sumber yang berbeza. (1) Ciri Perbezaan Dari Segi Sumber Pengaruh: Bahasa Indonesia: Pengaruh Belanda yang kuat, pengaruh bahasa Jawa yang signifikan (kerana populasi Jawa yang dominan), pengaruh bahasa daerah di Indonesia yang pelbagai. Bahasa Melayu di Malaysia: Pengaruh Inggeris yang kuat - dari zaman penjajahan British, pengaruh bahasa Cina dan Tamil (dari komuniti multietnik di Malaysia), pengaruh bahasa Arab (melalui amalan/penghayatan agama Islam sebagai agama rasmi). (2) Ciri Perbezaan Dari Segi Linguistik, termasuklah perbezaan istilah: semula jadi (Malaysia) | alamiah (Indonesia) pejabat (Malaysia) | kantor (Indonesia) juruwang (Malaysia) | kasir (Indonesia) | Lain-lain | 25.07.2025 |
Apakah maksud fail timbul? | Fail timbul atau fail terapung ialah fail yang mengandungi salinan surat daripada fail induk atau fail asal. Fail ini digunakan oleh ketua atau pegawai berkenaan sebagai rujukan untuk mengambil tindakan tanpa perlu menggunakan fail induk. Dalam bahasa Inggeris fail ini dinamai floating file. | Lain-lain | 18.11.2008 |
Tuan/Puan, Apakah terjemahan "embryonic stem cell" dalam bahasa Melayu? Adakah semua di bawah ini boleh digunakan? 1) sel dasar embronik 2) sel tunjang embronik 3) sel induk embronik 4) sel stem embronik Terima kasih. | Untuk makluman, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "stem cell", iaitu sel dasar, sel tunjang dan sel induk. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang betul ialah sel dasar embrionik, sel tunjang embrionik atau sel induk embrionik. | Istilah | 17.06.2013 |
Saya ingin membuat permohonan khidmat pengesahan bahasa DBP, tetapi permohonan saya tidak di luluskan disebabkan oleh perkataan masterbatch. Boleh saya tahu apakah perkataan yang sesuai menggantikan perkataan masterbatch (kelompok induk bagi masterbatch) | Terjemahan masterbatch ialah kelompok induk. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.04.2016 |
Apakah maksud frasa berikut: 1.Rancangan pembangunan pendidikan. 2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 3.Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4.Rancangan Malaysia. 5.Pendidikan Tertiari. 6.Aspirasi negara. 7.Modal insan | Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat berkenaan atau buku-buku yang berkaitan. 7. Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Lain-lain | 08.11.2011 |