Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dus.tri] | ايندوستري

Definisi : perusahaan (biasanya secara besar-besaran) utk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan: negara itu mempunyai ~ yg maju; ~ berat perusahaan yg mengeluarkan barangan atau bahan utk keperluan perusahaan lain; ~ kecil dan sederhana perusahaan yg pusing ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM25 juta, dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang; ~ ringan perusahaan yg memerlukan modal kecil utk mengeluarkan barangan pengguna; mengindustrikan menjadikan industri; perindustrian perihal industri, yg berkaitan dgn industri: negara ~ negara yg kehidupan sebahagian besar drpd penduduknya bergantung pd industri; pengindustrian usaha (kegiatan, proses) mendirikan dan memajukan perusahaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.dus.tri] | ايندوستري

Definisi : 1 perusahaan secara besar-besaran: negara ~ negara yg mendapat hasil yg banyak drpd industri-industrinya. 2 perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. perindustrian hal mengenai industri. ~ desa perusahaan yg dilakukan di rumah spt membuat bahan-bahan anyaman, tembikar, songket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
industri (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perusahaan, pembuatan, perkilangan, perdagangan, perniagaan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi industri berat dan definisi industri ringanMerujuk istilah, industri berat ialah Industri sekunder yang menggunakan jentera - jentera berat. Industri ringan ialah Industri yang mengeluarkan barang-barang yang kecil dan ringan seperti pakaian, percetakan dan lain-lain.Istilah21.09.2008
upstream and downstream industryindustri huluan, industri hiliranMakna07.05.2007
dapatkah " agenda utama" dikaitkan dengan industri pelancongan? Contoh: Industri pelancongan menjadi agenda utama kerajaan dalam usaha membangunkan negara. Adakah ayat ini sesuai? Jika tidak, sila beritahu. Sekian.

Agenda utama boleh dan sesuai digunakan dalam konteks yang dikemukakan.

Makna13.09.2011
saya selalu mendengar frasa industri asas tani. apakah sebenarnya industri asas tani ini?Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai indusri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan.Lain-lain23.11.2006
apakah maksud industri asas tani merujuk kamus dewan berserta halaman?Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai industri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan.Lain-lain12.07.2010
saya mahu membuat surat rasmi penangguhan latihan industri dan akan menyambung kembali latihan industri pada suatu masa akan datang tetapi tidak tahu tajuk yang sesuai.Tajuk yang sesuai ialah Penangguhan Latihan Industri.Lain-lain06.05.2010
adakah dewan bahasa dan pustaka mengambil pelajar untuk membuat latihan industri dan adakah akan memberi elaun ketika latihan industri?Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa mengalu-alukan permohonan pelajar IPT untuk menjalani Latihan Industri. Kuota tahunan maksimum seramai 30 orang. Pelatih akan menerima elaun sebanyak RM10.00 sehari mengikut hari bekerja. Permohonan mestilah dikemukakan melalui pihak universiti dan permohonan secara individu tidak akan dilayan. Terima kasih atas minat dan sokongan saudara terhadap organisasi kami.Lain-lain11.07.2011
DBP, yang manakah adalah betul? (a) Tidak ketinggalan juga, industri pertanian dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia.(b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat Malaysia.Tatabahasa06.07.2011
adakah pelajar IPTA boleh memilih tempat untuk melakukan Latihan Industri,misalnya di Kelantan?

Salam sejahtera,

 

Sekiranya tuan memilih untuk menjalani Latihan Industri di DBP, permohonan rasmi perlu dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur dan disertakan dengan surat pengesahan daripada IPTA.

Tuan boleh nyatakan lokasi untuk menjalani latihan industri, misalnya di DBP Wilayah Timur (Kelantan). Namun begitu, penempatan pelatihan industri di pejabat cawangan/wilayah adalah bergantung kepada kesesuaian bidang pengajian dan keperluan di pejabat berkenaan. Penentuan akan dibuat oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain18.02.2009
Penggunaan istilah Perusahaan Kecil dan Sederhana atau Industri Kecil dan Sederhana.Istilah betul bagi terjemahan kepada 'SME'Istilah yang digunakan selama ini ialah industri kecil dan sederhana.Walau bagaimanapun, baru-baru ini kami dimakluman bahawa sekarang ada dua istilah yang berbeza, iaitu small medium industry (SMI) dan small medium enterprise (SME). Oleh itu, kami mencadangkan industri kecil dan sederhana digunakan untuk small medium industry (SMI) dan perusahaan kecil dan sederhana digunakan untuk small medium enterprise (SME).Istilah06.04.2011
12345678

Kembali ke atas