apa maksud ayat ini...saya kurang faham sikitlah..additional information? | Makna additional information ialah maklumat tambahan. | Makna | 05.09.2007 |
Apakah maksud health information dalam maksud umum atau keseluruhan? | Untuk makluman, definisi "health information" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "health information" ialah maklumat kesihatan. | Istilah | 07.05.2014 |
Jika ITD = Information Technology Division bermaksud Bahagian Teknogi Maklumat. Jika IT SSO = IT Shared Services Organization = ??? Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih. | IT SSO diterjemahkan sebagai organisasi perkhidmatan kongsi teknologi maklumat. | Istilah | 06.08.2007 |
Saya sedang membuat kajian mengenai information seeking behaviour di kalangan pelajar tahun akhir yang menuntut di IPTA. Responden kajian ini adalah pelajar tahun akhir yang sedang melakukan penyelidikan bagi projek tahun akhir. Diharap pihak tuan dapat membantu saya dalam dua persoalan: 1. Pensyarah saya yang berpengalaman dalam bidang information seeking behaviour menyatakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" adalah lebih sesuai digunakan berbanding "tingkah laku mendapatkan maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour. Bolehkah saya menggunakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour dalam kajian saya? 2. Apakah tajuk (a atau b) yang sesuai digunakan bagi kajian yang saya lakukan? Saya tidak pasti sama ada kata penghubung “yang” atau “dalam” yang sesuai digunakan. a. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan. b. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. Jika kedua-dua tajuk kurang sesuai, diharap pihak tuan dapat memberikan tajuk yang sesuai dari segi bahasa melayu. Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan. | 1. Istilah tingkah laku pencarian maklumat" sesuai sebagai padanan istilah information seeking behaviour. 2. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. - Frasa ini yang lebih sesuai | Tatabahasa | 16.10.2008 |
Information system misalignment. Untuk mendapatkan pandangan bagi menterjemah terminologi teknologi maklumat di atas. | Kami mencadangkan istilah "information system misalignment" dalam bidang Teknologi Maklumat diterjemahkan sebagai "salah jajaran sistem maklumat". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 11.04.2022 |
Diharap pihak tuan dapat terjemahkan perkataan 'information skill instruction' kepada istilah malaysia. Terima kasih. nota: 'information skill instruction' adalah istilah dalam bidang sains perpustakaan. | Padanan terjemahan untuk frasa tersebut dalam bahasa Melayu ialah "Panduan Kemahiran Maklumat". Terima kasih. | Istilah | 07.02.2009 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan "Geolocation" dan "Geographic information system (GIS)"? | Kami mencadangkan "geolocation" diterjemahkan sebagai "geolokasi", manakala "geographic information system" diterjemahkan sebagai "sistem maklumat geografi". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 20.10.2021 |
Apakah istilah yang sesuai bagi digital pembinaan iaitu Building Information Modelling (BIM)? | Padanan bagi istilah building information modelling (BIM) dalam bahasa Melayu ialah pemodelan maklumat bangunan (BIM). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.12.2024 |
Salam sejahtera, Saya ingin pengesahan dari pihak DBP jika "competitively sensitive Information" sesuai diterjemahkan kepada "Maklumat Sensitif secara kompetitif"? Frasa digunakan dalam bidang undang-undang. Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Frasa "competitively sensitive Information" ialah ungkapan umum dan bukannya istilah. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pengguna mencari padanan yang sesuai bagi istilah yang belum ada dalam bahasa Melayu. Frasa "Maklumat Sensitif secara kompetitif" betul dari aspek bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2018 |
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Dependent Information"? Konteks ini digunakan dalam borang di lapangan terbang. Terima kasih. | Dalam data kami, istilah dependent dipadankan sebagai tanggungan yang digunakan dalam bidang ekonomi. Cadangan kami bagi istilah dependent information ialah Maklumat Tanggungan jika bersesuaian dengan konsep yang hendak dinyatakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.05.2014 |