Mesyuarat mengambil ingatan bahawa pihak Jabatan bercadang untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhad. atau Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd Yang mana satu betul ayat tersebut. | Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Salam, kata sendi nama yang manakah lebih sesuai digunakan? 'masih segar dalam ingatan' atau 'masih segar di ingatan'? Terima kasih. | Kata sendi nama yabng betul ialah "dalam" (masih segar dalam ingatan) | Tatabahasa | 24.12.2013 |
Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya | Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat, utuh, dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan. | Istilah | 11.03.2014 |
tidak hanya tidak dapat hilang dari ingatan. adakah ayat ini betul? | Ayat ini kurang tepat, ayat yang betul ialah "Tidak hanya, tidak dapat hilang daripada ingatan..." | Tatabahasa | 15.12.2010 |
Sila semak samada ayat ucapan Hari Raya seperti berikut adalah betul. Salam Aidilfitri Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Maaf Zahir Batin | Ayat tersebut betul untuk digunakan dalam laras ucapan/percakapan, tetapi jika dalam bentuk tulisan/ teks lebih baik ditulis seperti berikut: Salam Aidilfitri dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Mohon Maaf Zahir dan Batin. | Lain-lain | 30.05.2017 |
Namanya sudah ( padam ) daripada ingatan saya. Bolehkah saya menggunakan perkataan padam ? atau "hilang" lebih sesuai dan betul ? Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan kerana dalam konteks ayat ini padam dan hilang merupakan sinonim. | Istilah | 13.05.2010 |
huraian lengkap tentang operasi peta ingatan | Pertanyaan ini tidak berkaitan dengan penggunaan bahasa. Sila rujuk buku atau makalah yang ada di pasaran tentang perkara ini. | Lain-lain | 27.08.2008 |
sila alih bahasa ayat ini dalam bahasa inggeris "Dengan ingatan tulus ikhlas daripada" ... | Padanan yang sesuai untuk frasa ini ialah with compliments. | Istilah | 29.06.2009 |
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000 | NOTA: Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG NO. TEL.: 03-87782000 | Tatabahasa | 22.11.2013 |
apakh yang dimaksudkan dengan kesedaran | Perkataan kesedaran bermaksud perihal (keadaan dll.) sedar (akan sesuatu),keinsafan,ingatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1407. | Makna | 16.03.2009 |