| Penggunaan italic bagi perkataan Inggeris: 1. Perkataan inggeris yang menerangkan maksud perkataan melayu. Cth: ...bagi tujuan membiasakan (familiarization) 2. Perkataan inggeris dalam kurungan tapi bukan menerangkan maksud perkataan melayu yang digunakan. Cth: Penetapan matriks/peranan Ketua Jabatan bagi pengesyoran dan kelulusan (User Registration Form - Part 3: Acknowledgement) Adakah kedua-dua perkataan Inggeris dalam kurungan tidak perlu italic or perlu italic? | Merujuk buku Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.08.2021 |
| Sekiranya perkataan bahasa Melayu dan diikuti perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan, perlukah perkataan inggeris tersebut diitalic kan? contoh : Peti Pembekal (Feeder Pillar) | Perkataan bahasa Melayu yang diikuti dengan perkataan bahasa inggeris di dalam kurungan tidak perlu diitalikkan perkataan bahasa inggeris tersebut tersebut. Hanya perkataan bahasa Inggeris tunggal dan tidak dalam kurungan sahaja perlu diitalikkan. | Ejaan | 03.07.2023 |
| Assalamualaikum, Adakah buku atau sebarang jenis karya yang diterjemahkan daripada bahasa asing (selain daripada bahasa Inggeris) ke dalam bahasa Melayu dan buku yang sama juga diterjemahkan daripada bahasa asing ke dalam Bahasa Inggeris dan daripada bahasa Inggeris diterjemahkan pula ke dalam bahasa Melayu. Jika ada, bagaimana saya boleh mendapatkannya? Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam, Untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan tentang buku dalam bahasa Melayu, boleh hubungi DBPNiaga melalui talian KHIDMAT PELANGGAN 03-4101 0023/0025 atau LANGGANAN MAJALAH 03-4101 0029/0033 | Lain-lain | 27.05.2019 |
| Apa kah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan go-live (Bahasa Inggeris) Dalam Bahasa Inggeris:, Go-live is the time at which something becomes available for use. In software development, for example, go-live is the point at which code moves from the test environment to the production environment. As a verb, go-live means to make such an event happen. | Belum ada terjemahan dan contoh penggunaan go-live dalam pangkalan data kami. Mohon tuan berikan cadangan terjemahan untuk membantu kami mencari padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2017 |
| Assalam Adakah betul ayat ini: Berkomunikasi bahasa Inggeris..... (ataupun berkomunikasi dengan bahasa Inggeris......) Terima kasih. | Penggunaan ayat yang betul ialah berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris atau berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
| Lain-lain | 08.08.2021 |
| Maaf dan jika tajuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam satu ayat, adakah tajuk Bahasa Inggeris tersebut perlu diitalikkan? Contoh: “Knowledge Session: Aplikasi sunah dalam kehidupan seharian.” | Sekiranya perkataan dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan tidak perlu diitalikkan. Maksud session dalam bahasa Melayu ialah sidang, sesi atau penggal. Manakala knowledge bermaksud pengetahuan. Maka terjemahan yang sesuai bagi Knowledge Session ialah Sesi Pengetahuan. | Makna | 12.02.2020 |
| Asalamualaikum wbt admin DBP. Saya perlukan pencerahan. Yang mana satukah ayat ini betul dari segi tatabahasa? (1) terjemahan daripada bahasa Melayu ke dalam bahasa Inggeris (2) terjemahan daripada bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris (3) terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris atau terjemahan bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 23.02.2023 |
| DBKL dalam penyediaan brosur bagi peta laluan bas percuma GOKL. Brosur tersebut akan disediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. DBKL memahami bahawa dalam terjemahan brosur untuk b. Inggeris, kata nama khas dikekalkan, sebagai contoh Jalan Raja Laut akan dikekalkan dalam brosur bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, DBKL ingin mendapatkan pengesahan atau pengesyoran drp DBP mengenai terjemahan kata nama khas yang terdapat gabungan kata nama am. Sebagai contoh, 'Pusat Perniagaan Setiawangsa' dalam brosur b. Melayu perlukah diterjemah menjadi 'Setiawangsa Business Center' untuk brosur bahasa Inggeris? Mohon pandangan. | Untuk makluman, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Sehubungan dengan itu, kata nama khas yang merujuk nama tempat/bangunan dalam brosur tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan begitu juga sebaliknya. | Lain-lain | 23.09.2019 |
| Adakah visual Bahasa Inggeris perlu mendapatkan kelulusan DBP. Visual ini akan digunakan pada billboard di kawasan bangunan BSN. | Pihak DBP tidak membuat pengesahan teks bahasa Inggeris dalam iklan. Sila terjemah semua teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa kecuali nama yang telah didaftarkan. | Lain-lain | 23.10.2023 |
| Salam, saya ingin bertanya mengenai dua soalan. Pertama, tentang kamus Melayu-Inggeris yg tersedia dlm kamus DBP dalam talian. Adakah terdapat kamus Melayu-Inggeris setiap edisi? Macam mana utk mencari dan menggunakannya? dan adakah DBP sudah tidak menyediakan sebarang kamus Melayu-Inggeris, kamus Oxford, kamus dwibahasa yg lama dan terkini, dan lain-lain yg berkaitan? Soalan kedua, kenapa DBP kurang memerhatikan sudut istilah dan kosa kata bahasa Melayu, dan kurang berperanan dlm penyumbangan kosa kata bahasa Melayu? Terutamanya dlm "Terjemah Google" atau "Google Translate", dek " Terjemah Google" sgt meluas penggunaannya dlm masyarakat antarabangsa. Saya lihat, bahasa Indonesia mendahului drpd bahasa Melayu dlm sudut kosa katanya. Utk padanan kata "look" saja, bahasa Indonesia memiliki 19 padanan kata iaitu 7 utk kata nama dan 12 utk kata kerja, manakala bahasa Melayu hanya memiliki 4 padanan kata. Sangat mengecewakan, memandangkan bahasa Melayu itu merupakan induk, dan seharusnya lebih kaya kosa kata drpd bahasa yg dilahirkannya. Bolehkah ahli DBP cuba utk memperkenalkan, memperkayakan dan menyumbang kosa kata yg byk kpd "Terjemah Google" supaya seluruh kosa kata bahasa Melayu dikenali, dikagumi, malah bahasa kebangsaan kita dpt dimartabatkan di persada antarabangsa. Sekian, terima kasih dan salam sejahtera! | Sila rujuk lampiran | Penyelidikan | 14.07.2023 |