Salam sejahtera, saya ingin bertanya, apakah partikel "kah" itu harus selalu di tulis bersambung dengan perkataan Melayu atau kata nama khas sebelumnya. Umpamanya untuk contoh-contoh berikut: "Ya kah, apa dia kata begitu?" "Si Lehakah yang datang?" Atas penjelasannya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah | Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. Partikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan , halaman 261. | Tatabahasa | 17.04.2020 |
Saya ingin bertanya, adakah penggunaan "-kah" di dalam frasa tanya di bawah menepati tatabahasa? Di manakah kamu tinggal? Ke manakah kamu telah pergi? Dari manakah kamu datang? Yang manakah ibu kamu? Sejak bilakah kamu telah berkahwin? Sampai bilakah kamu ingin mendiamkan diri? Dengan siapakah kamu datang? Untuk siapakah hadiah ini? Untuk apakah dia kembali? Pada fahaman saya, imbuhan "-kah" hanya digunakan sekiranya kata soal/kata ganti nama diri tanya merupakan perkataan pertama dalam frasa tanya tersebut. Tetapi dalam contoh-contoh di atas, perkataan pertama ialah frasa sendi nama. Adakah terdapat pengecualian? Terima kasih. | Penggunaan kata sendi nama dalam ayat tanya tersebut adalah betul. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kehadiran partikel -kah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Asal ayat ini, Kamu tinggal di mana? - di mana ialah predikat frasa sendi nama dan apabila dikedepankan menjadi Di mana kamu tinggal? atau Di manakah kamu tinggal? | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Sayyid Khairani Kamarudin Sep 5th, 4:16pm assalamuailakum, ingin bertanya.. bila kah kita guna pkai istilah 'bahasa melayu' n bila kah kita guna istilah 'bahasa malaysia'.. dlm konteks rasmi dan juga tak rasmi.. | Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi negara Malaysia. Dari sudut ilmu, bahasa Melayu disandarkan kepada bangsa Melayu dan peradaban Melayu. Walau bagaimanapun, pada tahun 2006 kabinet memutuskan istilah bahasa Malaysia turut digunakan selain bahasa Melayu untuk menyemai semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Maka, penggunaan kedua-dua istilah tersebut boleh disesuaikan mengikut konteks penggunaannay. Contohnya, jika penggunaannya merujuk ketamadunan Tanah Melayu, maka istilah bahasa Melayu paling tepat digunakan. | Lain-lain | 05.09.2014 |
salam.... saya berminat untuk menghantar manuskrip pertama saya ... sebelum itu terlebih dahulu saya ingin mengetahui berapa lama kah proses masa yang diambil dari tarikh penerimaan manuskrip sehingga ke penerbitan ... saya ada layari laman web dbp dan melihat ada manuskrip yang sudah lebih setahun dihantar tapi masih lagi didalam status pembinaan . .... soalan kedua ... berapakah purata bayaran royalti yang dikeluarkan olh pihak dbp kepada penulis dan bagaimana dan bila kah bayaran tersebut dikeluarkan ... terimakasih dan saya berharap soalan soalan ini tidak menyinggung pihak dbp .. | Saudara, (i) Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima. (ii) Bayaran royalti kepada penulis akan diberi sebanyak 12% untuk buku umum. Bayaran 50% akan dibuat sebaik sahaja buku terbit dan dicetak sepenuhnya mengikut jumlah cetakan yang diluluskan. Selebihnya 50% lagi akan dibayar berdasarkan jualan. Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. Terima kasih. | Lain-lain | 27.08.2010 |
saya ingin bertanya...mana satu kah ejaan yang betul iaitu qadak atau qada Biasa kita tulis qadak dan qadar tetapi setengah penulisan dieja qada dan qadar mohon pencerahan | qadak dan qadar | Ejaan | 06.08.2018 |
Saya ingin tahu di mana kah saya harus membuat penterjemahan dokumen perjalanan ( Paspot ) Antarabangsa dari Bahasa Malayu/Inggeris ke Bahasa Arab? Pada masa sekarang saya sedang bekerja di Libya dan untuk mendapatkan visa, saya harus memperjemahkan dokumen perjalanan ke bahasa arab. Boleh ke pihak tuan memberi arahan ataupun panduan untuk mendapatkan penterjemahan. Sekian terima kasih | Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia, nombor telefon 03-21424381 atau Institut Terjemahan Negara Malaysia, nombor telefon 03-41497210 untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan. | Lain-lain | 30.09.2009 |
saya ingin bertanya macam mana kah cara nya bagi saya sebagai seorg pelajar ingin membuat laporan.maksud saya bagaimanakah harus saya memulakan ayat pendahuluan?terima kasih | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Cara bagi saudari untuk memulakan ayat pendahuluan kebiasaannya bergantung kepada jenis laporan atau karangan yang dihasilkan. Namun begitu, bagi membantu, saudari boleh melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Taip pada carian dan insyaallah bahan yang diperlukan akan dipaparkan. Namun begitu, saudari juga boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi DBP dan mendapatkan maklumat berkaitan laporan. Bahan juga boleh diperoleh dengan membuat rujukan pada tajuk yang diberikan ini: Panduan Bahasa & Format Penulisan (Laporan Maimunah Hj. Omar) . Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 26.02.2007 |
salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka. | Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran. | Makna | 04.01.2011 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "What is Skim Rumah Pertamaku?" Adakah (a) "Apakah Skim Rumah Pertamaku?"; (b) "Apa kah Skim Rumah Pertamaku?"; (c) "Apakah itu Skim Rumah Pertamaku?"; atau (d) "Apa kah itu Skim Rumah Pertamaku?" Untuk makluman Tuan, ayat tersebut akan digunakan dalam konteks senarai soalan lazim. Terima kasih. | Jawapan yang paling sesuai ialah (c) "Apakah itu Skim Rumah Pertamaku? | Lain-lain | 19.09.2019 |
Saya dan sekumpulan teman telah menerbitkan sebuah buku ketika kami di peringkat pengajian. Saya ingin bertanya jika kami ingin menjual kembali buku tersebut, bagaimana ya? Perlu kah diterbitkan semula atau hanya mencetaknya sahaja? | Jika stok lama itu telah habis, bolehlah dicetak semula atas izin semua pengkaryanya. | Lain-lain | 28.07.2012 |